Pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan multimedia interaktif untuk subjek kejuruteraan jalan raya

Salpidin, Doni Erizal (2003) Pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan multimedia interaktif untuk subjek kejuruteraan jalan raya. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p DONI ERIZAL SALPIDIN.pdf

Download (716kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
DONI ERIZAL SALPIDIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (217kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
DONI ERIZAL SALPIDIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (29MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk membangunkan satu produk teknologi pendidikan berbentuk modul multimedia interaktif (MMI). Kajian awalan adalah mendapati kebanyakan pelajar Kejuruteraan Awam KUiTTHO menghadapi masalah dalam pembelajaran khususnya dalam topik Reka Bentuk Turapan. Dalam proses reka bentuk turapan, pelajar didedahkan kepada pelbagai kaedah untuk mendapatkan saiz turapan lentur dengan penggunaan rajah dan jadual yang berbeza. Proses pembelajaran ada kalanya boleh mengelirukan pelajar. lusteru itu, satu MMI telah dibangunkan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Seramai empat orang pensyarah kejuruteraan awam dan empat puluh tujuh orang pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Awam yang mengambil subjek Kejuruteraan lalan Raya telah diminta memberikan respons untuk menilai kebolehlaksanaan MMI yang dibangunkan. Penilaian telah dilakukan pada aspek isi kandungan, mesra pengguna, reka bentuk antara muka, unsur motivasi dan pemahaman dalam MMI. Segala dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS v. J O. Penganalisaan data telah dilakukan dengan menggunakan kaedah peratus, mod dan skor min. Kajian mendapati bahawa responden bersetuju MMI yang dibangunkan dapat membantu para pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam topik Reka Bentuk Turapan

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 16 Aug 2023 07:11
Last Modified: 16 Aug 2023 07:11
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9663

Actions (login required)

View Item View Item