Membina manual penerbitan CD interaktif dalam pendidikan

Tee, Lian Yong (2002) Membina manual penerbitan CD interaktif dalam pendidikan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
2077Kb

Abstract

Projek sarjana ini merupakan satu kajian terhadap pembinaan manual penerbitan CD interaktif dalam pendidikan. Kajian ini menjurus kepada penggunaan satu perisian yang dinamakan Authorware bagi penghasilan CD interaktif. Skop kajian merangkumi pengertian dan ciri-ciri multimedia, proses penghasilan manual CD interaktif dan penggunaan CD interaktif dalam pendidikan. Kaedah soal selidik akan dijalankan bagi menguji keberkesanan manual penerbitan CD interaktif yang telah dihasilkan. Manual tersebut akan diuji dari segi persembahan pengajaran, strategi pengajaran, teknikal, isi kandungan dan kos. Ujian statistik deskriptif telah digunakan untuk menguji data yang diperolehi. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, manual CD interaktif yang dihasilkan telah berjaya membantu responden untuk menghasilkan CD interakif mengikut kreativiti dan citarasa mereka.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:968
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:19 Apr 2011 10:46
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page