Hubungan gaya pengajaran guru dengan pencapaian akademik pelajar bagi mata pelajaran perdagangan di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin Alor Gajah Melaka

Salleh, Jidarulaila (2003) Hubungan gaya pengajaran guru dengan pencapaian akademik pelajar bagi mata pelajaran perdagangan di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin Alor Gajah Melaka. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p JIDARULAILA SALLER.pdf

Download (961kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
JIDARULAILA SALLER COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (293kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
JIDARULAILA SALLER WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (26MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini menumpukan kepada hubung kait antara gaya pengajaran guru dengan pencapaian akademik pelajar. Pencapaian akademik diukur melalui gred yang diperolehi pelajar pada peperiksaan akhir tingkatan 4 bagi mata pelajaran perdagangan. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat gaya pengajaran yang digunakan oleh guru dan sejauh mana gaya pengajaran ini memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar. Selain itu kajian ini juga menumpukan kepada gaya pengajaran yang bagaimana diminati oleh mereka dalam membantu mencapai prestasi akademik yang lebih baik. Kajian ini dijalankan ke atas 62 orang pelajar kursus Pengurusan Pemiagaan di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin Alor Gajah Melaka yang mengambil mata pelajaran Perdagangan sebagai sampel. Keseluruhan data telah dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 10.0 dengan mendapatkan nilai peratusan,jumlah, skor min dan kolerasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara gaya pengajaran guru dengan pencapaian akademik pelajar Pengurusan Pemiagaan di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin Alor Gajah Melaka. Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa gaya pengajaran guru mempengaruhi pencapaian akademik pelajar bagi mata pelajaran perdagangan

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 21 Aug 2023 02:24
Last Modified: 21 Aug 2023 02:24
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9693

Actions (login required)

View Item View Item