Pembinaan modul soalan-soalan latihan berjawapan bagi mata pelajaran mekanik tanah

Mad, Norazila (2003) Pembinaan modul soalan-soalan latihan berjawapan bagi mata pelajaran mekanik tanah. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p NORAZILA MAD.pdf

Download (837kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
NORAZILA MAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (219kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NORAZILA MAD WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (32MB) | Request a copy

Abstract

Modul Pembelajaran yang dibina adalah bertujuan untuk membantu pelajar dalam menguasai penyelesaian masalah proses pengiraan bagi mata pelajaran Mekanik Tanah. Mekanik Tanah adalah merupakan salah satu subjek yang memerlukan kemahiran di dalam teknik menjawab soalan-soalan latihan menyelesaikan masalah berdasarkan jalan kira yang lengkap. Kajian dijalankan ke atas penentuan tahap keperluan modul soalan-soalan latihan beijawapan bagi mata pelajaran Mekanik Tanah dari aspek kefahaman pelajar, gaya susunan proses pengiraan, kebolehlaksanaan dan sumber rujukan utama. Rekabentuk pembinaan modul adalah merujuk kepada model kerangka Biggs. Responden yang telah dipilih dalam menentukan tahap keperluan ke atas modul ini dari aspek-aspek di atas adalah terdiri daripada pelejar-pelajar Ijazah Saijana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional, KUiTTHO.Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) 11.0 for Windows. Data-data yang yang dikumpul dari soal selidik dianalisis menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif. Tinjauan hasil dapatan ke atas keputusan analisis menunjukkan bahawa tahap keperluan ke atas keempat-empat aspek di atas adalah tinggi. Ini menunjukkan modul diperlukan. Kebanyakan responden bersetuju bahawa keperluan modul soalan-soalan latihan berjawapan ini adalah pada peratusan yang tinggi. Keputusan purata skor min menunjukkan setiap keperluan iaitu dari aspek kefahaman pelajar, gaya susunan proses pengiraan, kebolehlaksanaan dan sumber rujukan utama adalah pada tahap yang tinggi. Secara Keseluruhan hasil analisis bagi purata min skor menunjukkan (analisis spesifikasi 1 adalah 3.21, spesifikasi 2 ialah 3.32., spesifikasi 3 ialah 3.46 dan spesifikasi 4 ialah 3.48). Secara keseluruhan, pembinaan modul set jawapan ini berjaya memenuhi keperluan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional yang mengambil mata pelajaran Mekanik Tanah

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 21 Aug 2023 02:25
Last Modified: 21 Aug 2023 02:25
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9703

Actions (login required)

View Item View Item