Fikri, Afandi (2002) Peluang kerjaya industri pelancongan bagi pelajar kursus Diploma Pengurusan Pelancongan politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Text
24p AFANDI FIKRI.pdf Download (713kB) |
|
Text (Copyright Declaration)
AFANDI FIKRI COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (281kB) | Request a copy |
|
Text (Full Text)
AFANDI FIKRI WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (22MB) | Request a copy |
Abstract
Industri pelancongan merupakan antara industri yang ketiga terbesar yang menyumbang kepada pendapatan negara. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memaju dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia. Kewujudan Kursus Pelancongan di peringkat sijil dan diploma di politeknik adalah diharapkan dapat membantu usaha-usaha kerajaan dalam menghasilkan tenaga keija yang terlatih dan berketrampilan. Namun, adakah semua pelajar yang tamat pengajian dalam kursus sijil maupun diploma mempunyai peluang dalam keijaya dalam industri pelancongan. Di sini pengkaji ingin melihat adakah pelajar berpeluang untuk menceburi keijaya dalam industri pelancongan apabila tamat pengajian nanti, adakah peranan bimbingan kaunseling / unit keijaya politeknik penting dalam memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar, adakah kemahiran menggunakan komputer memberikan lebih peluang keijaya kepada pelajar, serta adakah pembelajaran Sistem Penempahan Berkomputer memberikan kelebihan terhadap peluang keijaya kepada pelajar. Responden yang dipilih seramai 45 orang merupakan bekas pelajar yang telah mendapat Sijil Pengurusan Pelancongan Politeknik Johor Bahru dan telah menyambung Diploma Pengurusan Pelancongan dalam Program Integrasi. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 9.0. Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik dan hasil dapatan dianalisis dalam bentuk skor min dan peratusan sahaja
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G149 - 180 Travel. Voyages and travels (General) |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 21 Aug 2023 02:26 |
Last Modified: | 21 Aug 2023 02:26 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9729 |
Actions (login required)
View Item |