Pembangunan dan penilaian modul pembelajaran kendiri sistem catatan bergu (mpscb). kajian pelajar semester satu, Jabatan Perdagangan, POLIMAS

Yahya, Siti Noor Saadah (2003) Pembangunan dan penilaian modul pembelajaran kendiri sistem catatan bergu (mpscb). kajian pelajar semester satu, Jabatan Perdagangan, POLIMAS. Masters thesis, Fakulti Kejuruteraan.

[img]
Preview
PDF
1688Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membina dan menilai Modul Pembelajaran Kendiri Sistem Catatan Bergu (MPSCB) bagi subjek Perakaunan Awalan setelah mengenai pasti masalah pelajar dari aspek konsep debit dan kredit bagi topik Catatan Bergu. Di samping itu, kajian turut menfokuskan kepada gaya pembelajaran pelajar bagi topik tersebut. Kajian telah dijalankan ke atas para pelajar Semester Satu, Jabatan Perdagangan,POLIMAS. Responden terdiri daripada 65 orang pelajar iaitu 17 lelaki dan 48 perempuan. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik, modul yang telah disahkan dari segi gagasan isinya dan soalan ujian. Data yang diperolehi dianalisis secara statistik dengan menggunakan perisian SPSS 11.0 for Windows (Statistical Package for The Social Science Version 11). Dapatan menunjukkan pelajar menghadapi masalah dalam topik Catatan Bergu. Oleh itu, pelajar lebih gemar belajar secara berkumpulan. Para pelajar juga memberi respon yang baik terhadap penerimaan pembelajaran secara bermodul. Ini berdasarkan pencapaian pelajar meningkat setelah menggunakan modul ini.Penggunaan modul diharapkan dapat membantu pelajar dan pensyarah bagi mata pelajaran Perakaunan Awalan sebagai bahan untuk proses pengajaran & pembelajaran yang lebih menarik di politeknik-politeknik.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Individualized instruction, Teaching aids and devices, Accounting Study and teaching
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:973
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 12:20
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page