Pembangunan kerangka sistem untuk pengiktirafan pembelajaran terdahulu bagi latihan guru teknik dan vokasional di Malaysia

Muhammad @ Mohammad, Azad Muslim (2009) Pembangunan kerangka sistem untuk pengiktirafan pembelajaran terdahulu bagi latihan guru teknik dan vokasional di Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p AZAD MUSLIM MUHAMMAD @ MOHAMMAD.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
AZAD MUSLIM MUHAMMAD @ MOHAMMAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (301kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
AZAD MUSLIM MUHAMMAD @ MOHAMMAD WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (43MB) | Request a copy

Abstract

Latihan guru untuk teknik dan vokasional memerlukan perkembangan untuk meningkatkan kualiti, keberkesanan dan relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu, sistem latihan guru teknik dan vokasional di Malaysia dapat dipertingkatkan dalam usaha untuk mendapatkan pengiktirafan peringkat antarabangsa. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti domain dan kriteria domain serta kaedah penilaian yang berkesan dalam menghasilkan kerangka sistem untuk Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu bagi latihan guru teknik dan vokasional di Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik kepada sampel yang telah dipilih. Persampelan bertujuan telah digunakan dalam kajian ini ke atas 69 orang pakar dari tujuh buah institusi awam dan swasta telah dipilih seperti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Tun Abdul Razak, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kementerian Sumber Manusia dan Agensi Kelayakan Malaysia. Data yang dikumpulkan kemudiannya di analisis menggunakan perisian SPSS versi 11.5 (Statistical Packages for The Social Sciences). Dapatan kajian mendapati kesemua domain dan kriteria domain tersebut adalah diperlukan dalam membangunkan kerangka sistem untuk Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu bagi latihan guru. Sebuah kerangka sistem yang sesuai untuk menilai Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu bagi latihan guru teknik dan vokasional telah dihasilkan dengan berbantukan maklumbalas responden dan sintesis dapatan kajian. Pengkaji berharap agar satu kajiai1 Delphrdijalankan untuk memantapkan lagi kerangka sistem ini dalam usaha untuk membentuk satu panduan piawai bagi pelaksanaan penilaian Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu di Malaysia

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LA History of education
L Education > LA History of education > LA410-2284 Other regions or countries
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 13 Sep 2023 07:24
Last Modified: 13 Sep 2023 07:24
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9832

Actions (login required)

View Item View Item