Mengenal pasti tahap motivasi dan kecenderungan keusahawanan di kalangan pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal:satu tinjauan di KUiTTHO

Abd. Mutalif, Siti Aisah (2003) Mengenal pasti tahap motivasi dan kecenderungan keusahawanan di kalangan pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal:satu tinjauan di KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]
Preview
PDF
1534Kb

Abstract

Keusahawanan merupakan bidang yang mencabar dan tidak ramai yang mahu menceburi bidang ini terutama lulusan bidang kejuruteraan. Mereka ini mempunyai elemen keusahawanan nntuk menjadi usahawan yang beijaya. Oleh itu, timbul persoalan mengapakah pelajar-pelajar ini kurang berminat dengan bidang keusahawanan. Bersesuaian dengan permasalahan tersebut, kajian ini dijalankan bertujuan untnk meninjau tahap motivasi bagi memberikan pendedahan dan menarik kecenderungan pelajar kejuruteraan terliadap bidang keusahawanan. Objektif kajian ini berdasarkan kepada beberapa aspek iaitu tahap pengetahuan keusahawanan, motivasi, kecenderungan terhadap bidang keusahawanan dan keperluan subjek atau elemen keusahawanan dalam jurusan kejuruteraan. Kajian yang telah dijalankan adalah kajian deskriptif berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Dengan menggunakan persampelan rawak mudah, seramai 99 orang pelajar semester akhir ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal telah dipilih sebagai responden kajian. Instrumen kajian adalah soal selidik dan data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science versi 11.0 untuk mendapatkan nilai min dan peratus. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar-pelajar ini mempunyai kecenderungan terhadap bidang keusahawanan dengan skor min keseluruhan 3.573 dan tahap motivasi keusahawanan yang tinggi dengan skor min keseluaihan 3.965 tetapi kekurangan pengetahuan dalam bidang keusahawanan dengan skor min 3.16. Oleh itu. adalah perlu elemen-elemen keusahawanan diterapkan ke dalam kurikulum kursus kejuaiteraan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HB Economic Theory
ID Code:984
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 11:02
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page