Penghasilan modul berasaskan multimedia bagi mata pelajaran perdagangan di sekolah menengah teknik

Mat Puzi, Azuyaria (2004) Penghasilan modul berasaskan multimedia bagi mata pelajaran perdagangan di sekolah menengah teknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p AZUYARIA MAT PUZI.pdf

Download (926kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
AZUYARIA MAT PUZI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (217kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
AZUYARIA MAT PUZI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (28MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat penerimaan pelajar terhadap penggunaan modul berbentuk multimedia dalam proses pembelajaran. Bahan pembelajaran berbentuk CD multimedia Perdagangan (MPerd.) ini mengukur penerimaan pelajar dari aspek kesesuaian isi kandungan, kesesuaian rekabentuk dan motivasi serta minat terhadap penggunaan MPerd. yang dihasilkan. MPerd. dihasilkan menerusi satu pendekatan yang sistematik bermula dari proses tinjauan ke atas temp at, modul, dan pelajar. Seramai 39 orang responden daripada Sekolah Menengah Teknik Kluang dijadikan sebagai sampel kajian. Maklum balas diperolehi menerusi borang soal selidik dan dianalisis dalam bentuk skor min (Mean Score), peratusan (Percentage) dan kekerapan (Frequency) dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) Versi 11.0. Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju bahawa isi kandungan dan rekabentuk yang dimasukkan dalam Mperd. adalah sesuai dan responden juga menyatakan sangat setuju bahawa Mperd. dapat meningkatkan minat serta motivasi pelajar. Secara keseluruhannya, nilai skor min bagi ketiga-tiga aspek menunjukkan keputusan yang tinggi. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa MPerd. yang dihasilkan oleh pengkaji dapat diterima oleh pelajar. Beberapa cadangan juga dikemukakan untuk meningkatkan kualiti MPerd. supaya boleh dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisien dalam membantu memudahkan proses pembelajaran pelajar

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 13 Sep 2023 07:24
Last Modified: 13 Sep 2023 07:24
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9840

Actions (login required)

View Item View Item