Merekabentuk, menilai kesesuaian dan mengkaji keberkesanan modul pengajaran kendiri (MPK)

Lian, Ai Chen (2002) Merekabentuk, menilai kesesuaian dan mengkaji keberkesanan modul pengajaran kendiri (MPK). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
1025Kb

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina, menilai kesesuaian dan mengkaji keberkesanan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) bagi Pemantau Tekanan Darah. Penyelidik telah menghasilkan MPK bercetak untuk digunakan dalam kajian ini dan MPK laman web adalah untuk digunakan oleh pelajar-pelajar pada masa akan datang dalam proses pembelajaran. Dalam kajian ini, Rekabentuk Kelompok Kawalan Tak Samaan digunakan di mana responden seramai 36 orang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan ktunpulan kawalan. Kumpulan eksperimen mengamalkan pengajaran bermodul yang menggunakan MPK cetakan manakala kumpulan kawalan pula mengamalkan pengajaran tradisional yang tidak menggunakan MPK cetakan. Data-data kajian diperolehi daripada penilaian formatif dan daripada kajian sebenar. Disebabkan data-data adalah dalam bentuk kuantitatif, data-data dikelaskan kepada dua jenis iaitu data deskriptif yang menggunakan min dan sisihan piawai dan data inferensi yang menggunakan ujian-t. Keputusan kajian mendapati bahawa penggunaan MPK dalam pengajaran bemodul telah menghasilkan perbezaan yang signifikan bagi pencapaian pelajar dalam Ujian Selepas di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan rentetan untuk mengamalkan pengajaran kadar kendiri di politeknik-politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:986
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 15:38
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page