Ghani, Syuhairah (2003) Kemahiran mengendalikan pakej perakaunan universal business software (UBS) di kalangan pelajar tahun akhir diploma akauntansi : satu tinjauan di Politeknik Kota Bahru, Kelantan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Text
24p SYUHAIRAH GHANI.pdf Download (955kB) |
|
Text (Copyright Declaration)
SYUHAIRAH GHANI COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (289kB) | Request a copy |
|
Text (Full Text)
SYUHAIRAH GHANI WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (25MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui kemahiran pengendalian pakej perakaunan Universal Business Software (UBS) di kalangan pelajar tahun akhir Diploma Akauntansi Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Empat aspek yang dikaji ialah kemahiran as as komputer, kemahiran mengendalikan pakej perakaunan UBS, masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan pakej perakaunan UBS dan pendapat pelajar selepas menjalani latihan industri. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah tinjauan bersampel. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar tahun akhir Diploma Akauntansi Politeknik Kota Bharu. Data dikumpul melalui kaedah soal selidik dan dianalisis berdasarkan taburan kekerapan, peratusan dan skor min dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS ver. 11). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mempunyai kemahiran asas dalam mengendalikan dan menggunakan komputer, tahap kemahiran mengendalikan pakej perakaunan UBS di kalangan pelajar tahun Diploma Akauntansi Politeknik Kota Bharu, Kelantan adalah sederhana atau kurang mahir (min skor 2.79), pelajar-pelajar menghadapi masalah berkaitan dengan kemudahan yang menyebabkan mereka kurang mahir dan kebanyakan pelajar dapat mempraktikkan kemahiran mengendalikan komputer dan pakej perakaunan ketika menjalani latihan industri. Beberapa cadangan seperti pihak politeknik perlu menambah kemudahan komputer kepada pelajar, para pensyarah digalakkan mengikuti kursus pengendalian pakej UBS dan pelajar perlu menghadiri seminar atau bengkel kecemerlangan telah dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan bagi meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar sebelum mereka memasuki ke alam pekerjaan
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HG Finance H Social Sciences > HG Finance > HG4001-4285 Finance management. Business finance. Corporation finance |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 13 Sep 2023 07:26 |
Last Modified: | 13 Sep 2023 07:26 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9880 |
Actions (login required)
View Item |