Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif berasaskan abad ke-21: satu tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nenas

Fadzilah, Aimi Hafizah (2017) Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif berasaskan abad ke-21: satu tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nenas. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
761Kb

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran koperatif merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berkumpulan yang kini dititikberatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menghasilkan kemahiran abad ke-21 pelajar di semua institusi pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif dalam kalangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nenas yang merupakan sekolah di bawah Program Sekolah Amanah Daerah Pontian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan pendekatan kuantitatif iaitu menggunakan borang soal-selidik Enam puluh satu orang guru yang menjadi responden telah memberi kerjasama yang baik sepanjang kajian dijalankan. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang meliputi dua bahagian, iaitu bahagian A (demografi) dan bahagian B (Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Koperatif). Data yang dikumpul dianalisa menggunakan data deskriptif min dan sisihan piawai, manakala data inferensi pula menggunakan analisis perisian Winsteps versi 3.69.1.11. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan guru dari segi pengetahuan adalah 3.08 iaitu di tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga mendapati penguasaan guru dari segi pedagogi adalah 3.09 yang juga di tahap yang tinggi. Aplikasi guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif adalah sederhana iaitu 2.40. Bagi perbezaan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif di antara guru berpengalaman dan guru kurang pengalaman, didapati bahawa pengalaman guru tidak mempengaruhi pelaksanaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran koperatif. Perbezaan di antara jantina guru juga didapati tidak mempengaruhi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Koperatif; penguasaan; pengetahuan; pedagogi; aplikasi
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:9885
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:27 Mar 2018 12:06
Last Modified:27 Mar 2018 12:06

Repository Staff Only: item control page