Pembangunan kerangka kerja profesional pengurusan harta tanah wakaf (PHTW) di Malaysia

Zamri, Aina Naseha (2017) Pembangunan kerangka kerja profesional pengurusan harta tanah wakaf (PHTW) di Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
54Mb

Abstract

Pengoptimuman penggunaan harta tanah wakaf boleh meningkatkan ekonomi umat Islam sekiranya pengurusan dan pembangunannya dilakukan dengan lebih seragam. Kewujudan badan profesional yang mengawalselia kerja-kerja pengurusan harta tanah (PHT) seperti Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (BOVAEA) di Malaysia menunjukkan kepentingan pengawalan dan keseragaman terhadap amalan pengurusan harta tanah. Di Malaysia, didapati terdapat perbezaan di antara pengurusan harta tanah sebagaimana yang diamalkan oleh BOVAEA dan amalan pengurusan harta tanah wakaf (PHTW). Justeru, objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti apakah amalan bagi PHTW yang diamalkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di Malaysia; mengenalpasti apakah perbezaan di antara amalan profesional dalam PHT dan amalan MAIN di dalam PHTW; dan mencadangkan rangka kerja (framework) terbaik bagi PHTW secara lebih profesional. Metodologi Kajian Kes telah digunakan bagi menjawab kesemua persoalan kajian yang dibentuk bagi kajian ini dengan menggunakan temubual pakar dan analisis dokumen sebagai metod kajian. Analisis kajian telah dijalankan secara kualitatif menggunakan Computer Assisted Data Analysis Software (CAQDAS) dikenali sebagai NVivo 11.0. Persoalan Kajian 1 (PK1) bagi kajian ini mendapati MAIN memiliki tugas-tugas pengurusannya yang tersendiri bagi harta tanah wakaf dan melibatkan pelbagai pihak. Persoalan 2 (PK2) kajian ini mendapati beberapa elemen penting dalam Standard Pengurusan Harta Tanah Malaysia diamalkan di dalam PHTW oleh MAIN, namun perlaksanaannya belum mencapai standard sebagaimana yang dilakukan oleh BOVAEA. Persoalan Kajian 3 (PK3) mencadangkan elemen-elemen perundangan, kelayakan pengurus harta tanah, perlantikan pengurusan harta tanah, garis panduan dan skop kerja perlu diambilkira bagi membangunkan Rangka Kerja Profesional bagi Pengurusan Harta Tanah Wakaf (PHTW). Diharapkan, rangka kerja ini dapat menyumbang kepada ilmu baru dan menambah baik amalan PHTW di Malaysia, khususnya bagi pihak MAIJ dan kalangan profesional yang terlibat dalam menguruskan PHTW demi kepentingan umat Islam di Malaysia.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD101-1396 Land use
ID Code:9938
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:01 Apr 2018 11:56
Last Modified:01 Apr 2018 11:56

Repository Staff Only: item control page