Pembangunan modul pengajaran kendiri (MPK) keusahawanan dalam topik isu keusahawanan bagi pelajar diploma di politeknik

Shaik Ismail, Siti Mahani (2004) Pembangunan modul pengajaran kendiri (MPK) keusahawanan dalam topik isu keusahawanan bagi pelajar diploma di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]
Preview
PDF
1249Kb

Abstract

Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran yang telah diperkenalkan termasuklah kaedah pembelajaran yang menggunakan pendekatan pembelajaran bermodul secara kendiri. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Keusahawanan dalam topik Isu Keusahawanan yang telah dihasilkan bagi pelajar yang mengikuti pengajian Diploma di Jabatan Perdagangan Politeknik. Antara aspek yang dikaji ialah untuk menilai sama ada rekabentuk modul yang dihasilkan dapat memenuhi ciri-ciri modul yang baik, MPK yang dihasilkan dapat membantu mencapai objektif pembelajaran, MPK ini bersifat mesra pengguna dan MPK yang dihasilkan membantu pensyarah menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Kajian ini dilakukan ke atas 110 orang pelajar semester enam yang mengikuti pengajian diploma dan 4 orang pensyarah yang mengajar subjek Keusahawanan di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor. Kaedah analisa data yang digunakan dalam kajian ini ialah skor min dan peratus. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa rekabentuk modul yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri modul yang baik, MPK ini membantu untuk mencapai objektif pembelajaran, MPK ini bersifat mesra pengguna dan MPK yang dihasilkan dapat membantu pensyarah menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Ini bermakna secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa modul yang dihasilkan oleh pengkaji adalah sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar semester enam yang mengikuti pengajian diploma di Jabatan Perdagangan peringkat politeknik. Seterusnya, beberapa pandangan telah dikemukakan bagi meningkatkan rnutu dan kualiti MPK yang dihasilkan. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HB Economic Theory
ID Code:994
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 11:11
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page