Pembangunan modul pengurusan dan identifikasi stail kepimpinan (MPISK) untuk latihan dan pendidikan bagi sektor penghasilan seramik di Johorcraft Village, Simpang Renggam, Johor

Ismail, Norhafizah (2002) Pembangunan modul pengurusan dan identifikasi stail kepimpinan (MPISK) untuk latihan dan pendidikan bagi sektor penghasilan seramik di Johorcraft Village, Simpang Renggam, Johor. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1419Kb

Abstract

Dimensi amalan stail kepimpinan ketua akan mencorakkan budaya dalam pengurusan organisasi. Isu kepuasan kerja menjadi elemen penting dalam peningkatan produktiviti industri bercirikan teknik dan vokasional. Kajian ini merupakan rentetan amalan ketua bertujuan membangunkan Modul Pengurusan dan Identifikasi Stail Kepimpinan (MPISK) untuk memberi latihan dan pendidikan dalam sumber manusia di industri penghasilan seramik. Sebelum pembangunan modul, hubungan di antara gaya kepimpinan ketua unit dengan kepuasan kerja bagi pekeija industri dikaji. Stail kepimpinan terbahagi kepada 4, iaitu demokrasi, autokratik, partisipatif dan bercirikan kejayaan. Elemen kepuasan kerja yang dikenalpasti terdiri daripada status profesional, keperluan tugas, pembayaran gaji, interaksi dan persekitaran tempat kerja. Sampel kajian adalah 50 pekerja di kilang Johorcraft Village, Simpang Renggam, Kluang. Pengumpulan data dilakukan melalui instrumen soal-selidik. Ia mengandungi Bahagian Demografi Pekerja, Kepuasan Kerja dan Stail Kepimpinan Ketua. Keputusan kajian mendapati bahawa stail kepimpinan partisipatif mempunyai hubungan yang signifikan dengan gaji (r = 0.573). Pekerja tidak berpuas hati dengan faktor gaji, manakala tahap kepuasan kerja dapat diperhatikan melalui faktor jantina, umur, kelulusan akademik dan pengalaman kursus. Modul berkaitan stail kepimpinan dan kepuasan keija dibangunkan untuk melatih dan mendidik pekerja bagi sumber manusia di Johorcraft Village untuk pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan pekerja dalam bidang teknikal.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
ID Code:998
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 11:29
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page