Pembangunan kerangka kompetensi pensyarah technical and vocational education and training (TVET) di Kolej Komuniti

Ahmad, Mohd Jalil (2017) Pembangunan kerangka kompetensi pensyarah technical and vocational education and training (TVET) di Kolej Komuniti. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
11Mb

Abstract

Selaras dengan usaha Kolej Komuniti untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan dan melonjakan TVET bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara menjelang 2020, selain daripada fasiliti dan kemudahan akses yang menyeluruh, kepakaran dan kompetensi pensyarah dilihat sebagai salah satu perkara yang penting bagi melengkapkan pelaksanaan dasar bagi kepentingan stake holder. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepentingan kompetensi Pensyarah TVET di Kolej Komuniti. Kajian ini dijalankan berdasarkan Model Kompetensi Amalan HRD Malaysia bagi mengenalpasti tahap kepentingan kompetensi kemahiran, pengetahuan dan kebolehan pada masa sekarang dan kepentingan pada lima tahun akan datang. Kajian tinjauan ini dijalankan menggunakan instrumen soal selidik terhadap pensyarah kolej komuniti rintis di Malaysia dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Sebanyak 362 data kajian yang dikumpul secara cross sectional dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk mendapatkan data statistik deskriptif, paired t-test, dan Analisis Faktor Penerokaan (EFA). Hasil kajian menunjukkan bahawa Pensyarah Kolej Komuniti bersetuju kompetensi adalah penting pada masa ini dan lebih penting pada masa akan datang untuk organisasi. Keputusan itu disokong oleh beberapa penemuan statistik dengan effect size berada pada tahap sederhana dan kecil. Dengan menggunakan EFA, kajian ini menunjukkan bahawa Pensyarah Kolej Komuniti bersetuju hanya 23 daripada 25 item kompetensi adalah penting. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa Kerangka Kompetensi Pensyarah TVET di Kolej Komuniti adalah berdasarkan daripada Model Kompetensi HRD Malaysia yang digunakan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
ID Code:9984
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:02 May 2018 16:55
Last Modified:02 May 2018 16:55

Repository Staff Only: item control page