Keperluan latihan kontraktor kelas F dalam sektor pembinaan

Abd Ghaffar, Nurhaliza (2017) Keperluan latihan kontraktor kelas F dalam sektor pembinaan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
12Mb

Abstract

Keperluan latihan wujud apabila berlaku masalah kemahiran di tempat kerja, perubahan peraturan atau prosedur kerja, perubahan teknologi dan persekitaran global yang mempengaruhi persekitaran di tempat kerja. Analisis Keperluan Latihan (AKL) perlu dilaksanakan bagi memastikan latihan yang dijalankan berjaya. AKL melibatkan tiga tahap analisis dan berpandukan kepentingan data AKL dilaksanakan ke atas kontraktor Kelas F bertujuan untuk mengenalpasti keperluan latihan kontraktor Kelas F, mengenalpasti kekangan yang dihadapi oleh kontraktor Kelas F untuk mengikuti latihan dan mengenalpasti kaedah latihan yang menjadi pilihan utama kontraktor untuk mengikuti latihan. Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengkaji perbezaan keperluan mengikuti latihan kemahiran pengkhususan kerja mengikut demografi kontraktor Kelas F. Sampel kajian adalah seramai 375 orang kontraktor Kelas F seluruh Malaysia dan peserta untuk temu bual adalah dua orang Pegawai Pusat Khidmat Kontraktor. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif dan inferensi dan data temubual digunakan untuk menyokong analisis data soal selidik. Hasil kajian menunjukkan kontraktor Kelas F memerlukan latihan dalam pengkhususan kerja terutamanya kerja cerucuk dan kontraktor Kelas F menghadapi kekangan untuk mengikuti latihan kerana tiada atau sukar mencari masa. Kontraktor Kelas F memilih lawatan tapak sebagai kaedah paling efektif untuk mengikuti latihan. Kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan keperluan latihan mengikut faktor demografi kontraktor Kelas F. Kesimpulannya AKL perlu dilaksanakan bagi mendapatkan data untuk merekabentuk, pelaksanaan dan penilaian latihan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TH Building construction > TH1-844 Building construction
ID Code:9986
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:02 May 2018 16:52
Last Modified:02 May 2018 16:52

Repository Staff Only: item control page