Penerimaan warga emas terhadap aplikasi teknologi dalam penyampaian dakwah bertalaqi di daerah Batu Pahat

Mustafha, Anuar (2017) Penerimaan warga emas terhadap aplikasi teknologi dalam penyampaian dakwah bertalaqi di daerah Batu Pahat. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
9Mb

Abstract

Peningkatan penggunaan gajet dan aplikasi berteknologi tinggi dalam pembelajaran berterusan ilmu-ilmu Islam serta inovasi dalam penyampaian dakwah oleh para pendakwah jelas memberi kesan kepada golongan muda dan remaja. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh manakah keadaan yang sama juga berlaku dalam kalangan warga emas. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana pendekatan dakwah bersemuka (talaqi) dan dalam talian dapat dimanfaatkan dengan penggunaan gajet dan teknologi terkini serta apakah aspek aplikasi terkini dalam penyampaian dakwah berkesan dan dapat diterima oleh golongan warga emas. Objektif kajian yang pertama ialah mengenal pasti pendekatan dakwah yang berkesan kepada warga emas. Kedua, mengenal pasti aspek aplikasi alat bantu berteknologi yang dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti dakwah secara talaqi. Ketiga, mengenal pasti aspek aplikasi kemudahan infrastruktur yang dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti dakwah secara talaqi. Keempat, mengenal pasti aspek aplikasi sumber-sumber dakwah yang sesuai untuk warga emas dalam aktiviti dakwah talaqi. Kelima, mengenal pasti hubungan antara aplikasi alat, kaedah, infrastruktur dan sumber dengan pendekatan dakwah talaqi yang digunakan. Kajian berbentuk deskriptif ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama. Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah Teknik Pensampelan Bertujuan dan Teknik Pensampelan Bebola Salji. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan keputusan analisis berbentuk deskriptif min dan korelasi. Responden dipilih daripada kumpulan warga emas yang menghadiri majlis ilmu sekitar daerah Batu Pahat. Borang soal selidik yang diedarkan mendapat maklum balas daripada 91 responden. Analisis data untuk objektif pertama menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek penting yang perlu diambil kira oleh pendakwah dalam menyampaikan dakwah bersemuka dengan secara berkesan iaitu unik, sistematik dan mengamalkan pendekatan cermat, jujur, terbuka, sesuai dengan keadaan, jelas dan menggunakan komunikasi dua hala.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP160-165 General works on Islam
ID Code:9988
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:02 May 2018 16:48
Last Modified:02 May 2018 16:48

Repository Staff Only: item control page