UTHM Institutional Repository

Pembangunan dan penilaian e-modul interaktif cakera padat bagi mata pelajaran kejuruteraan pengeluaran

Lai, Chee Sern (2003) Pembangunan dan penilaian e-modul interaktif cakera padat bagi mata pelajaran kejuruteraan pengeluaran. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img] Text
24_Pages_from_PEMBANGUNAN_DAN_PENILAIAN_E-MODUL_INTERAKTIF_CAKERA_PADAT_BAGI_MATA_PELAJARAN_KEJURU.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN E-MODUL INTERAKTIF CAKERA PADAT BAGI MATA PELAJARAN KEJURUTERAAN PENGELU full.pdf

Download (7MB)

Abstract

Penggunaan e-modul dalarn proses pengajaran dan pembelajaran semakin berleluasa baik dalam pendidikan primer dan sekunder, mahupun pendidikan tertier. E-modul semakin diberi perhatian dalam bidang pendidikan kerana ia dikatakan dapat memberi keberkesanan pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar dan pada masa yang sama, ia dapat menimbulkan minat pelajar dalam pembelajaran. Usulan daripada itu, tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan sebuah e-modul interaktif berbentuk cakera padat yang boleh membantu meningkatkan keberkesanan pembelajaran dalam mata pelajaran Kejuruteraan Pengeluaran. Disebabkan oleh kekangan masa, kajian yang dijalankan ini hanya difokus kepada isi kandungan, strategi pembelajaran melalui e-modul, persembahan e-modul dan aspek teknikal tentang e-modul yang dibangun. Dalarn kajian ini, produk yang siap dibangun telah dinilai oleh seramaii 48 responden yang dipilih secara rawak daripada pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Sesi 2000/2001), KUiTTHO. Borang soal selidik diedarkan kepada semua responden yang terlibat dan data yang dikumpul dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages For Social Sciences). Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa e-modul interaktif yang dibangunkan adalah mesra pengguna dan dapat memenuhi kehendak pelajar dari aspek isi kandungan, strategi pembelajaran, persembahan emodul dan juga teknikal. Walaupun penggunaan e-modul ini dapat membantu pelajar menguasai sesuatu ilmu yang dipelajari, tetapi ia masih boleh diperbaiki dalam semua aspek untuk mempertingkatkan keberkesanannya.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 20 Apr 2011 07:36
Last Modified: 06 Nov 2019 03:33
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1002
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year