UTHM Institutional Repository

Kajian terhadap sumber rujukan dalam karya-karya Nasr Hamid Abu Zayd

Zainol, Nur Zainatul Nadra and Abdul Majid, Latifah (2017) Kajian terhadap sumber rujukan dalam karya-karya Nasr Hamid Abu Zayd. In: Persidangan antarabangsa sains sosial dan kemanusiaan 2 (pasak 2) Sub-tema: nilai-nilai sejagat.

Full text not available from this repository.

Abstract

Nasr Hamid Abu Zayd dikenali sebagai seorang tokoh yang lantang mengkritik al-Quran pada abad ini. Beliau mempunyai metode yang tersendiri ketika mentafsir al-Quran iaitu mengaplikasi hermeneutik dengan menerapkan elemen humanistic. Idea ini telah mencetuskan kontroversi di Mesir sehingga dilemparkan pertuduhan murtad ke atasnya. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan karya-karya Abu Zayd; sumber rujukan karya serta analisis pendapat sarjana tentang pemikiran beliau. Artikel ini adalah kajian kualitatif. Kaedah pengumpulan data menggunakan metode analisis kandungan yang terdiri daripada karya-karya Abu Zayd. Manakala analisis data menggunakan kaedah diskriptif dan perbandingan berterusan. Hasil kajian menunjukkan, Abu Zayd mengkritik kitab-kitab turath terutamanya dalam kaedah pentafsiran. Beliau lebih cenderung kepada rujukan sarjana barat khususnya dalam aplikasi metode hermenutik. Justeru, ulama telah mengklasifikasikan pentafsiran Abu Zayd termasuk dalam tafsir mazmum (tercela). Implikasi kajian ini dapat menjelaskan tentang Abu Zayd seorang pemikir moden yang telah menghasilkan karya untuk mengkritik al-Quran. Malah karya beliau merujuk sumber daripada tokoh-tokoh Barat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kajian Tokoh; Pemikir Moden; Analisis kandungan; Sumber Rujukan; Karya-karya
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Depositing User: Student Praktikal UiTM
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:29
Last Modified: 13 Aug 2018 03:29
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10027
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item