UTHM Institutional Repository

Tingkah laku devian dan perlakuan jenayah: cabaran kecenderungan negatif di sebalik kehidupan masa lalu dan kini

Johar, Siti Sarawati and Ani, Fauziah and Hamzah, Shahidah and Halim, Harliana (2017) Tingkah laku devian dan perlakuan jenayah: cabaran kecenderungan negatif di sebalik kehidupan masa lalu dan kini. In: Tingkah laku devian dan perlakuan jenayah: cabaran kecenderungan negatif di sebalik kehidupan masa lalu dan kini.

Full text not available from this repository.

Abstract

Letusan fenomena peningkatan kadar jenayah melalui angka statistik di Malaysia telah mula menggugat ketenangan dan mencipta kegusaran di kalangan rakyat. Kebimbangan rakyat adalah seiring dengan tercetusnya pelbagai kes jenayah yang semakin mencemaskan. Daripada jenayah jalanan sehinggalah jenayah berat, rakyat Malaysia mengharapkan ada inisiatif yang praktikal dalam membantu mengatasi permasalahan ini. Rakyat didapati semakin peka terhadap isu kepentingan keselamatan dalam kehidupan melalui pelbagai kajian dan kaedah yang merentas elemen perundangan, sosial dan psikologi. Dalam perbincangan ini, tumpuan adalah kepada kecenderungan individu terjebak dengan tingkah laku devian sehingga membawa kepada perlakuan jenayah. Kecenderungan itu akan diteliti merangkumi aspek afektif, kognitif dan tingkah laku individu. Penelitian ini menghubungkaitkan beberapa teori tentang kecenderungan pelaku jenayah yang bermula dengan perlakuan devian. Perlakuan devian berskala kecil seharusnya tidak dipandang remeh kerana lama-kelamaan berupaya menjadi penyumbang kepada aktiviti jenayah yang berskala besar. Perkongsian terpenting hasil perbincangan ini adalah untuk menjadi panduan bermakna kepada pihak tertentu seperti Polis Diraja Malaysia, kementerian, sekolah, komuniti masyarakat dan institut pengajian tinggi dalam membantu kerajaan dan negara membanteras perlakuan devian seterusnya aktiviti jenayah di kalangan rakyat secara bersepadu. Kesedaran di kalangan semua pihak juga sangat perlu bagi mencapai tahap kolaboratif dan koperatif yang jitu dalam memastikan Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang aman, sejahtera dan selamat buat semua.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Tingkah Laku; Devian; Jenayah; Kecenderungan; Negatif
Subjects: K Law > K Law (General)
Depositing User: Student Praktikal UiTM
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:29
Last Modified: 13 Aug 2018 03:29
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10028
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item