UTHM Institutional Repository

Pendigitalan manuskrip risalah Ibn Fadlan 922 m sebagai satu inovasi

Halim, Harliana and Yusoff, Kamaruzaman and Ahmad, Shakila and Ani, Fauziah (2017) Pendigitalan manuskrip risalah Ibn Fadlan 922 m sebagai satu inovasi. In: Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017) Ayer Keroh, Malacca, Malaysia, 1– 2 November 2017, 1– 2 November 2017, Ayer Keroh, Malacca, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Digitalisasi sejarah merupakan satu kaedah baru dalam mengemukakan dan memperkembangkan data sejarah. Kaedah ini juga merupakan satu pembaharuan pendekatan yang menggabungkan disiplin sejarah dengan kepelbagaian disiplin lain dalam bentuk inovasi baru bagi menarik minat dan meningkatkan penghayatan terhadap sejarah secara umumnya. Bagaimanapun perkembangan digitalisasi sejarah di Malaysia masih berada di tahap pembinaan. Pelbagai usaha dijalankan termasuklah Projek Pengdigitalan Sejarah Tingkatan Lima yang boleh diakses di digitalsejarah.com hasil usaha keras beberapa pensyarah di Jabatan Sejarah Universiti Malaya. Justeru menyahut cabaran ini, kumpulan penyelidik Geran Penyelidikan RACE Vot 1516 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan penyelidikan bertajuk ‘Analisis Catatan Ibn Fadlan serta Impak Terhadap Volga Bulgaria’ berusaha mendigitalkan pengembaraan Ibn Fadlan ke Volga Bulgaria pada tahun 922 M sebagai satu sumbangan inovasi kepada usaha penghayatan sejarah peradaban Islam. Di samping itu projek digitalisasi juga bertujuan untuk memperkenalkan Ibn Fadlan sebagai seorang lagi tokoh pengembara Islam yang menyumbang kepada pengkayaan sumber sejarah dan geografi dalam peradaban dunia. Penyelidikan ini berpendekatan kualitatif sejarah historikal deskriptif melalui pengumpulan data secara kajian perpustakaan bagi mengumpulkan sumber pertama iaitu manuskrip catatan Ibn Fadlan dan kedua dari sumber tafsiran lain mengenai catatannya. Data kajian dari sumber primer dan sekunder dianalisis menggunakan pendekatan analisis teks dan perbandingan serta diperkukuhkan melalui pendekatan induktif dan deduktif. Seterusnya data dipersembahkan menggunakan pendekatan digital humanities yang menggabungkan aspek teknologi maklumat dan komunikasi dengan disiplin sejarah menggunakan aplikasi teknologi storymaps. Hasil daripada inovasi ini diharapkan dapat memperkayakan sumber sejarah berbentuk digital dalam disiplin sejarah dan peradaban Islam sekaligus.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: bn Fadlan; pendigitalan; inovasi
Subjects: T Technology > T58.6-58.62 Management information systems
Depositing User: Student Praktikal UiTM
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:29
Last Modified: 13 Aug 2018 03:29
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10046
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item