UTHM Institutional Repository

Pembinaan modul pendekatan perancangan pengajaran berkesan Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1

Mail, Aspalilla (2003) Pembinaan modul pendekatan perancangan pengajaran berkesan Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PEMBINAAN_MODUL_PENDEKATAN_PERANCANGAN_PENGAJARAN_BERKESAN_KEMAHIRAN_HIDUP_BERSEPADU.pdf

Download (2MB)
[img] Text (Full text)
PEMBINAAN MODUL PENDEKATAN PERANCANGAN PENGAJARAN BERKESAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 1 full.pdf

Download (5MB)

Abstract

Modul Pendekatan Perancangan Pengajaran Berkesan Kemahiran Hidup Tingkatan 1 merupakan satu media pengajaran yang dibentuk untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini adalah dibentuk untuk menilai sejauh mana modul ini dapat membantu guru dalam meningkatkan tahap minat, kefahaman, kemahiran dan kekreatifan pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Responden kajian ini adalah terdiri daripada 36 orang pelajar tingkatan 1 kursus EK bertahap sederhana di Sekolah Menengah Tun Ismail, Parit Raja Batu Pahat Johor. Untuk kajian ini, instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik di mana penilaian dilakukan berdasarkan kepada persepsi responden terhadap pengajaran guru, sesi temubual dan juga pemerhatian. Data-data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences ( SPSS) Version 11.0 yang melibatkan skor min. Dapatan kajian menunjukkan skor min bagi tahap minat pelajar (skor min=3.9906), tahap kefahaman pelajar (skor min =3.8889), tahap kemahiran pelajar (skor min=3.9120) dan tahap kreativiti pelajar (skor min=4.0972) adalah tinggi. Oleh itu, hasil kajian mendapati bahawa Modul Pendekatan Perancangan Pengajaran Berkesan Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 ini boleh membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mencadangkan agar modul ini dapat dimurnikan ke dalam bentuk web untuk memudahkan para pengguna memperolehi maklumat.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Nurul Elmy Mohd. Yusof
Date Deposited: 19 Apr 2011 03:22
Last Modified: 04 Nov 2019 06:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1005
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year