UTHM Institutional Repository

Pembangunan dan penilaian modul pembelajaran kadar kendiri: pembangunan kemahiran dalam penyelidikan

Ahmad, Azrina (2002) Pembangunan dan penilaian modul pembelajaran kadar kendiri: pembangunan kemahiran dalam penyelidikan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img] Text
24_Pages_from_PEMBANGUNAN_DAN_PENILAIAN_MODUL_PEMBELAJARAN_KADAR_KENDIRI_PEMBANGUNAN_KEMAHIRAN_DAL.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KADAR KENDIRI PEMBANGUNAN KEMAHIRAN DALAM PENYELIDIKA full.pdf

Download (4MB)

Abstract

Modul Pembelajaran Kadar Kendiri (MPKK) merupakan satu media pengajaran yang mengandungi unit-unit aktiviti yang dibentuk untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana MPKK Pembangunan Kemahiran Dalam Penyelidikan dapat membantu pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek kesesuaian isi kandungan, kesesuaian aktiviti, tahap kebolehlaksanaan dan mesra pengguna. Responden untuk kajian ini terdiri daripada 15 orang pensyarab yang menyelia projek sarjana dan 40 orang pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional semester 3 yang dipilih secara rawak. Untuk kajian ini, instrumen yang digunakan ialah jenis soal selidik di mana peni1aian dilakukan berdasarkan kepada persepsi responden terhadap MPKK serta menjalankan sesi temubual dengan beberapa orang pensyarah. Data -data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Statistical Packages/or Social Sciences (SPSS) Version 10.0 yang melibatkan skor min dan ujian-t (Independent t-test). Dapatan kajian menunjukkan isi kandungan MPKK adalah memenuhi keperluan MPKK berdasarkan kepada skor min yang berada pada tahap yang tinggi (skor min =3.87). Namun begitu, tahap kesesuaian aktiviti dalam modul adalah pada tahap yang sederhana (skor min = 3.78). Walau bagaimanapun, tahap kebolehlaksanaan modul (skor min = 3.91) dan tahap mesra pengguna (skor min = 3.88) adalah berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pensyarah dan pelajar terhadap kesesuaian isi kandungan, kesesuaian aktiviti, kebolehlaksanaan dan mesra pengguna. Oleh itu, hasil kajian menunjukkan MPKK Pembangunan Kemahiran Dalam Penyelidikan dapat membantu pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mencadangkan supaya MPKK ini dimumikan ke dalam bentuk web untuk memudahkan para pengguna memperolehi maklumat.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 20 Apr 2011 03:58
Last Modified: 06 Nov 2019 03:39
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1006
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year