UTHM Institutional Repository

Tahap kesediaan pensyarah dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan Kurikulum Standard Kolej Vokasional di tiga buah Kolej Vokasional Rintis, zon timur, Semenanjung Malaysia

Abd Samad, Noorazman and Harun, Hairuddin and Wan Ahmad, Wan Mohd Rashid and Ismail, Mohd Erfy and Mohamad, Mimi Mohaffyza and Lazim, Khairunnisa (2016) Tahap kesediaan pensyarah dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan Kurikulum Standard Kolej Vokasional di tiga buah Kolej Vokasional Rintis, zon timur, Semenanjung Malaysia. In: Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam 2016, 13-15 November 2016, Pulau Pinang, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pensyarah dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) di Tiga Buah Kolej Vokasional Rintis Zon Timur, Semenanjung Malaysia. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kesediaan pensyarah dalam melaksanakan pentaksiran berterusan daripada aspek pengetahuan, kemahiran, penghayatan nilai murni, komitmen dan untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan tahap kesediaan berdasarkan jantina dengan aspek komitmen. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif secara deskriptif. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Sampel kajian adalah seramai 105 orang pensyarah yang mengajar pelbagai bidang kursus kemahiran vokasional. Keseluruhan data dianalisis menggunakan Statistical Package For The Social Science (SPSS) versi 18.0. Bagi menganalisis data, penyelidik menggunakan analisis deskriptif iaitu skor min, frekuensi dan peratus, manakala analisis inferensi yang digunakan adalah ujian Mann-Whitney U. Dapatan kajian ini mendapati tahap kesediaan pensyarah dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan KSKV di Kolej Vokasional berada pada tahap yang sederhana bagi aspek pengetahuan, manakala bagi aspek kemahiran pula berada pada tahap yang rendah dan bagi aspek komitmen dan penghayatan nilai murni pula berada pada tahap yang tinggi. Melalui kajian ini juga mendapati bahawa tiada perbezaan tahap kesediaan di antara pensyarah lelaki dan perempuan dengan komitmen semasa menjalankan pentaksiran.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: KSKV; kesediaan; pengetahuan; kemahiran; komitmen; kolej vokasional
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1705 Education and training of teachers and administrators
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:31
Last Modified: 13 Aug 2018 03:31
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10075
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item