UTHM Institutional Repository

Pendekatan pendayaupayaan dalam pembangunan komuniti

Ani, Fauziah and Suhaimy, Khairul Azman and Damin, Zahrul Akmal and Jaes, Lutfan and Johar, Siti Sarawati (2017) Pendekatan pendayaupayaan dalam pembangunan komuniti. In: Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi Masyarakat. Penerbit UTHM, pp. 166-189.

Full text not available from this repository.

Abstract

Demi kelangsungan hidupnya seorang manusia tidak mampu hidup berseorangan tanpa kewujudan dan bantuan manusia lain di sekelilingnya. Keperluan manusia kepada hidup bermasyarakat dalam satu komuniti adalah satu keperluan asasi berasaskan keperluan bersosialisasi dan melaksana kehendak fizikal, emosi dan rohaninya. Dalam sebuah komuniti kehidupan tidak wujud dalam bentuk yang statik dan jumud malahan sentiasa bergerak ke hadapan khususnya bagi mencapai kehendak kemajuan kehidupan. Untuk itu mereka memerlukan panduan, pendidikan, latihan dan dorongan. Disinilah wujudnya keperluan kepada kepimpinan dan kuasa. Di dalam sebuah komuniti kuasa mempunyai matlamatnya dan antara matlamat utamanya adalah membangunkan komuniti kea rah kebaikan dan kemajuan. Proses dan pendekatan membangunkan komuniti merujuk kepada proses pendayaupayaan atau empowerment. Pendayaupayaan secara ringkasnya merujuk kepada proses mencungkil, meningkat dan mengembangkan daya manusia dalam komuniti. Ini kerana setiap individu atau ahli komuniti yang berdayaupaya akan memberi kesan langsung kepada pendayauapayaan sesebuah komuniti. Oleh yang demikian untuk kajian tentang pendekatan pendayaupayaan (empowerment) dalam konteks pembangunan komuniti amat penting diterokai untuk memahami konsep kuasa (power) yang menjadi kunci kata kepada pendayaupayaan.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Depositing User: Student Praktikal UiTM
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:29
Last Modified: 13 Aug 2018 03:29
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10083
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item