UTHM Institutional Repository

Pembangunan e-modul pembelajaran enjin diesel untuk kursus teknologi automotif

Mazin, Khairol Azwar and Mohamad, Marlina (2016) Pembangunan e-modul pembelajaran enjin diesel untuk kursus teknologi automotif. Online journal for TVET practitioners, 1 (1). pp. 1-10. ISSN 22897410

Full text not available from this repository.

Abstract

Penyelidikan ini adalah untuk membangunkan satu reka bentuk e-modul pembelajaran pelajar kursus Teknologi Automotif di kolej vokasional. Tujuan penyelidikan ini adalah bagi mengenalpasti kesesuaian elemen yang digunakan dalam modul dan reka letak papan cerita yang dibangunkan. Penggunaan e-modul dalam modul vokasional ini dapat memudahkan pemahaman pelajar dan cemerlang di dalam pentaksiran kompetensi. Modul menggunakan Model ADDIE sebagai model dan prinsip pembangunan bahan multimedia serta prinsip hueristik kebolehgunaan bagi pembangunan modul interaktif ini. Proses pembangunan modul menggunakan perisian CourseLab, Audacity, Freemake Video Converter, GIMP yang merupakan antara perisian percuma dan perisian sumber terbuka. Hasil pembangunan modul diuji sebanyak dua kali ke atas seramai 30 orang pelajar Kursus Teknologi Automotif yang terlibat di dalam penyelidikan ini dan 7 orang pensyarah dari kolej vokasional dipilih sebagai responden kajian. Soal selidik digunakan sebagai instrumen oleh pengkaji dalam kajian ini. Set soal selidik ini terdiri dari tiga set iaitu untuk kesesuaian elemen modul, kesesuaian papan cerita dan pembangunan e-modul pembelajaran. Soalan-soalan yang dikemukakan pada ketiga-tiga set akan dijawab berdasarkan skala likert. Maklumat dan data yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Kesimpulan daripada data dan maklumat yang diperolehi menunjukkan satu e-modul pembelajaran dapat dibangunkan dengan mempunyai aspek rekabentuk (skor min = 4.74), aspek persembahan (skor min = 4.67) dan aspek mesra pengguna (skor min = 4.69) yang dapat menarik minat belajar berdasarkan pada purata keseluruhan skor min.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pembangunan e-modul; pembelajaran; kursus teknologi automotif; kolej vokasional
Subjects: L Education > L Education (General)
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:31
Last Modified: 13 Aug 2018 03:31
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10100
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item