UTHM Institutional Repository

Nilai “orientasi kuasa” sebagai alat pembangunan Soeharto di Indonesia

Jaes, Lutfan and Damin, Zahrul Akmal and Ani, Fauziah (2016) Nilai “orientasi kuasa” sebagai alat pembangunan Soeharto di Indonesia. Journal of Techno Social, 12. pp. 26-43. ISSN 22298940

Full text not available from this repository.

Abstract

Kertas kerja ini memerihalkan Soeharto dan sistem nilai. Ia melihat peranan akal budi tempatan (local wisdom) sebagai nilai teras dalam membentuk watak kepimpinan seterusnya corak pembangunan Soeharto di Indonesia. Satu (1) penggal pemerintahan beliau dijadikan kajian untuk mengenal pasti, menyenaraikan dan menjelaskan sumber akal budi tempatan yang dominan. Metod penganalisisan ialah analisis kandungan dengan menghuraikan rangkaian teks “Pidato Akhir Tahun”, “Pidato Kenegaraan” dan “Ucapan Partai”. Analisis awal pada mulanya melihat keutamaan nilai di setiap rangkaian teks yang disampaikan. Kemudian petikan kata setiap “perenggan teks” dianalisis lebih teliti bagi tujuan pengelompokan dimensi-dimensi (Dimensi Nilai) tertentu merujuk kepada perbahasan Nilai Asia. Perenggan teks di baca pada kali yang akhir bagi mengenal pasti nilai-nilai terbitan yang terhasil dari setiap Dimensi Nilai. Pengekodan data dilakukan dengan bantuan perisian Archive for Technology, the Life World and Everyday Language. Text Interpretation (ATLAS).ti versi 7. Didapati bahawa Soeharto menjadikan siri rangkaian “Pidato Kenegaraan” sebagai siri utama dalam menyampai mesej nilai kepada rakyatnya. Dimensi Nilai “Orientasikan Kuasa”cmerupakan dimensi nilai paling utama dalam penyampaian mesej pembangunan. Manakala nilai terbitan “Kedaulatan Undang-Undang” merupakan nilai paling kerap dikemukakan dalam dimensi tersebut. Di akhir kertas kerja ini, satu penjelasan terhadap aplikasi nilai dalam kepimpinan dan pembangunan Soeharto diperoleh. Kesimpulannya, pemimpin dengan manipulasi akal budi nilai tempatan mampu mencorak pembangunan yang lebih pragmatik dan berkesan. Pembugaran nilai budaya akal budi tempatan menjadi faktor penggerak kemajuan signifikan kepada kelangsungan pembangunan Indonesia khususnya dan Asia Tenggara umumnya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Soeharto; sistem nilai; akal budi tempatan; orientasi kuasa
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: Centre of General Studies and Co-curricula > Department of Social Science
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 24 Jun 2018 02:43
Last Modified: 24 Jun 2018 02:43
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10172
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item