UTHM Institutional Repository

Pendayaupayaan ekonomi menerusi penyertaan dalam aktiviti ekonomi tambahan PWPK di Johor

Ani, Fauziah and Abu Samah, Asnarulkhadi and Isa, Khairunesa and Kamri, Khairol Anuar (2016) Pendayaupayaan ekonomi menerusi penyertaan dalam aktiviti ekonomi tambahan PWPK di Johor. Journal of Techno Social (4). pp. 27-38. ISSN 22298940

Full text not available from this repository.

Abstract

Pendayaupayaan dan penyertaan merupakan strategi berkembar dalam menangani masalah kemiskinan khususnya dalam negara dunia ketiga. Ia dianggap sebagai pendekatan yang efektif dalam mempertingkatkan status ekonomi. Sebagai medium pendayaupayaan, penyertaan dipercayai memainkan peranan penting bagi menentukan kejayaan kegiatan ekonomi. Atas alasan ini kajian ini dilakukan bagi menentukan hubungan antara tahap penyertaan (pembuatan keputusan, perlaksanaan dan penerimaan faedah, dan sejauhmanakah ketiga-tiga tahap ini memberi kesan ke atas pendayaupayaan ekonomi ahli PWPK di Johor. Seramai 366 ahli daripada 60 kumpulan PWPK telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan kaedah pensampelan kelompok pelbagai peringkat (cluster multistages sampling). Maklumat kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan Structural Equation Modelling (SEM) berbantukan perisian AMOS. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga tahap penyertaam mempunyai hubungan yang sederhana dengan pendayaupayaan ekonomi. Manakala tahap penyertaan dalam penerimaan dalam faedah merupakan peramal yang paling signifikan jika dibandingkan antara ketiga-tiga tahap tersebut. Justeru itu, bagi memastikan PWPK berfungsi sebagai medium pendayaupayaan, tahap penyertaan perlu diperluaskan lagi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pendayaupayaan; penyertaan; organisasi berasaskan komuniti
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD2321-4731 Industry
Divisions: Centre of General Studies and Co-curricula > Department of Social Science
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 24 Jun 2018 02:35
Last Modified: 24 Jun 2018 02:35
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10176
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item