UTHM Institutional Repository

Kerangka penambahbaikan pelaksanaan program Diploma Kejuruteraan Mekatronik Politeknik di Malaysia

Tuan Mohd Yasin, Sharifah Nurulhuda (2017) Kerangka penambahbaikan pelaksanaan program Diploma Kejuruteraan Mekatronik Politeknik di Malaysia. PhD thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Sharifah_Nurulhuda_Tuan_Mohd_Yasin.pdf

Download (757kB)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah menghasilkan kerangka penambahabaikan pelaksanaan program Diploma Kejuruteraan Mekatronik di politeknik Malaysia. Di mana konsep penilaian digunakan berpandu kepada Model penilaian Stufflebeam iaitu dimensi konteks, input, proses, dan produk. Data dikumpul melalui soal selidik, analisis dokumen (senarai semak), temu bual separa berstruktur dan pemerhatian berstruktur (rubrik). Kaedah gabungan Sequential Exploratory Design digunakan. Hasil analisis menunjukkan tahap kesesuaian dimensi konteks terhadap elemen program (E-DEM) adalah tinggi. Di sokong oleh temubual, jawatankuasa pembangunan kurikulum (stakeholder). Dapatan kajian mengenai tahap keselarian elemen program (E-DEM) dalam dimensi input adalah sederhana bagi dua elemen iaitu pengetahuan dan kemahiran pensyarah dan kelengkapan peralatan P&P. Pada dimensi proses, tahap perlaksanaan elemen program (E-DEM) adalah tinggi bagi dua elemen iaitu proses pengajaran dan pembelajaran dan Kaedah penilaian. Namun begitu bagi elemen Penggunaan kemudahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran adalah di tahap sederhana. Bagi dimensi produk, tahap keberkesanan elemen program (E-DEM) berdasarkan persepsi graduan dan majikan adalah pada tahap sederhana. Analisis Differential Group Functioning (DGF) menunjukan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kumpulan graduan dan majikan. Ini menjelaskan bahawa kumpulan graduan dan majikan mempunyai tahap persepsi yang sama terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kemahiran insaniah graduan ketika bekerja di industri. Melalui analisis ujian Regresi Mudah menunjukkan bahawa dimensi konteks, dimensi input dan dimensi proses merupakan faktor yang menyumbang kepada dimensi produk. Seterusnya, didapati aspek pengetahuan tentang konteks (dimensi konteks) memberi sumbangan tertinggi terhadap dimensi produk. Daripada kajian ini, satu kerangka penambahbaikan perlaksanaan program Diploma Kejuruteraan Mekatronik dihasilkan.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: T Technology > T61-173 Technical education. Technical schools
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 24 Jun 2018 01:22
Last Modified: 24 Jun 2018 01:22
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10193
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year