UTHM Institutional Repository

Keberkesanan peta pemikiran untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam subjek sains

Harun, Site Hadijah (2017) Keberkesanan peta pemikiran untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam subjek sains. PhD thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Site_Hadijah_Harun.pdf

Download (475kB)

Abstract

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) amat diperlukan dalam pendidikan untuk menjana pemikiran anak-anak generasi sekarang dengan menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan berinovasi. Tinjauan terhadap kajian literatur menunjukkan bahawa para guru gagal meningkatkan KBAT murid dalam bilik darjah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan penerapan Peta Pemikiran dalam meningkatkan KBAT murid tahun lima dalam subjek Sains. Pendekatan yang digunakan ialah pendekatan kuantitatif dan disokong oleh data kualitatif. Reka bentuk kajian ialah kuasi eksperimental yang terdiri daripada 144 orang murid dalam satu kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan daripada dua buah sekolah. Satu set instrumen soal selidik KBAT dan ujian menyelesaikan masalah Sains jenis bukan rutin ditadbir kepada sampel kajian untuk menilai KBAT dan pencapaian mereka. Modul pengajaran dan pembelajaran M3P dibangunkan untuk menilai keberkesanan Peta Pemikiran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min skor KBAT dan min markah ujian pencapaian pos antara kumpulan rawatan (KR) dengan kumpulan kawalan (KK) secara keseluruhan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min markah antara ujian pencapaian pra dan pencapaian pos dalam kalangan responden KR dan KK secara keseluruhan. Keputusan dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif sederhana yang signifikan antara min skor KBAT dan min markah pencapaian ujian pos murid. Disokong dengan dapatan temu bual, hasil triangulasi serentak dapatan data kuantitatif dengan data kualitatif didapati adalah tekal. Secara keseluruhan, terdapat keberkesanan yang signifikan penerapan Peta Pemikiran dan KBAT menerusi M3P ini. Keputusan dapatan ini boleh membantu KPM untuk membuktikan bahawa salah satu usaha mereka untuk meningkatkan KBAT menunjukkan kesan positif dan Peta Pemikiran yang diperkenalkan dapat membantu guru dan murid merealisasikan matlamat tersebut. Dicadangkan juga kepada guru-guru supaya menggunakan Peta Pemikiran mengikut kaedah pedagogi yang sesuai dengan tahap murid.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1554 Elementary or public school education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 24 Jun 2018 01:20
Last Modified: 24 Jun 2018 01:20
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10197
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year