UTHM Institutional Repository

Pembangunan cakera padat (CD) modul pembelajaran kendiri (MPK) undang-undang kontrak bagi kegunaan pelajar Jabatan Perdagangan di Politeknik Seberang Perai

Zamri, Norman (2003) Pembangunan cakera padat (CD) modul pembelajaran kendiri (MPK) undang-undang kontrak bagi kegunaan pelajar Jabatan Perdagangan di Politeknik Seberang Perai. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PEMBANGUNAN_CAKERA_PADAT_(_CD_)_MODUL_PEMBELAJARAN_KENDIRI_(_MPK_)_UNDANG_-UNDANG_KO.pdf

Download (8MB)
[img] Text (Full Text)
PEMBANGUNAN CAKERA PADAT ( CD ) MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI ( MPK ) UNDANG -UNDANG KONTRAK BAGI KEG full.pdf

Download (17MB)

Abstract

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) dalam bentuk cakera padat (CD), yang digunakan sebagai bahan bantu pembelajaran pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai, bagi subjek Undang-Undang Komersan. CD MPK yang dibangunkan tertumpu kepada bab Undang- Undang Kontrak sahaja. CD MPK ini dibangunkan bagi membantu pelajar di dalam memahami subjek yang dipenuhi dengan fakta dan kes undang-undang. Selain itu, pelajar dapat mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka dengan menggunakan CD MPK ini. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint sebagai platform utama, manakala perisian Macromedia Flash MX sebagai pengisian terhadap platform utama produk yang dibangunkan ini. Kajian ini melihat kepada kebolehlaksanaan CD MPK dari aspek kesahan isi kandungan, mesra pengguna, ciri animasi dan multimedia serta aktiviti pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk meninjau samada wujud perbezaan pencapaian markah pelajar sebelum dan selepas menggunakan CD MPK. Responden terdiri daripada 41 orang pelajar semester 4, jurusan Sijil Penyimpanan Kira di Politeknik Seberang Perai. Kaedah kuantitatif digunakan bagi menganalisis data daripada borang soal selidik dan item ujian menggunakan perisian SPSS 11.5 for Windows. Pengkaji mendapati, CD MPK yang dibangunkan mempunyai tahap kebolehlaksanaan yang positif serta memberi kesan penggunaan yang baik kepada pelajar. Keseluruhannya, CD MPK yang dibangunkan berpotensi untuk dijadikan sebagai bahan bantu pembelajaran bagi pelajar dalam bab Undang-Undang Kontrak.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 20 Apr 2011 01:55
Last Modified: 10 Nov 2019 03:35
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1020
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year