UTHM Institutional Repository

Penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal pelajar kejuruteraan Politeknik Ibrahim Sultan Johor Bahru

Basir, Nor Farhana (2017) Penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal pelajar kejuruteraan Politeknik Ibrahim Sultan Johor Bahru. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Nor_Farhana_Basir.pdf

Download (12MB)

Abstract

Kompetensi komunikasi interpersonal ialah kemampuan seseorang individu untuk bekerja dengan orang lain serta mampu mengelola diri sendiri secara efektif bagi menyelesaikan sesuatu tugas secara bersama. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penguasaan bagi elemen kompetensi interpersonal jenis kemahiran sosial dalam kumpulan dan kemahiran membuat pembentangan. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan yang ditadbir kepada 280 orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Mekanikal di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor Bahru. Instrumen soal selidik bagi Kompetensi Komunikasi Interpersonal yang dibina mengandungi dua konstruk dengan 16 item yang diukur berdasarkan analisis kebolehpercayaan model pengukuran Rasch. Analisis statistik deskriptif dan inferensi yang menggunakan perisian Winsteps menunjukkan dapatan kajian bagi penguasaan terhadap elemen kompetensi komunikasi interpersonal jenis kemahiran sosial dalam kumpulan dan kemahiran membuat pembentangan adalah tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa dua elemen kompetensi yang merujuk kepada model Human Resource Development McLagan dipraktikkan oleh pelajar kejuruteraan PIS semasa proses pembelajaran berlangsung. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan kepentingan bahawa elemen kompetensi komunikasi interpersonal yang diamalkan semasa proses pembelajaran dapat meningkatkan kemampuan pelajar untuk bersaing dalam pasaran tenaga kerja mahir.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:28
Last Modified: 13 Aug 2018 03:28
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10238
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year