UTHM Institutional Repository

Hubungan penyertaan, kepimpinan dan pendayaupayaan dalam kalangan ahli Pergerakan Wanita Pekebun Kecil di Johor, Malaysia

Ani, Fauziah (2016) Hubungan penyertaan, kepimpinan dan pendayaupayaan dalam kalangan ahli Pergerakan Wanita Pekebun Kecil di Johor, Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Fauziah_Ani.pdf

Download (16MB)

Abstract

Dalam kontek pembangunan komuniti, pendayaupayaan merupakan satu proses aktif yang mana individu, organisasi dan komuniti boleh bertindak untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Penyertaan ahli komuniti dalam aktiviti pembangunan didorong oleh faedah yang dijangka akan diperolehi adalah penting untuk meningkatkan keupayaan mereka untuk memperbaiki kehidupan yang lebih baik. Bertitik tolak daripada andaian tersebut, maka kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka dan mengenalpasti hubungan antara peringkat penyertaan dan pendayaupayaan ahli serta peranan gaya kepimpinan dalam Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) di negeri Johor. Kajian ini dikhususkan kepada peringkat penyertaan yang terdiri daripada pembuatan keputusan, pelaksaan dan penerimaan faedah bagi meramalkan pendayaupayaan yang terdiri daripada tiga dimensi iaitu ekonomi, sosial dan psikologi. Seramai 366 responden yang terdiri daripada ahli PWPK telah dipilih berdasarkan persampelan rawak berstrata yang dibahagikan mengikut daerah dan perkumpulan bagi menentukan tanda aras ketiga-tiga dimensi pendayaupayaan. Statistik deskriptif digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri individu dan kumpulan sebagai langkah pertama dalam analisis data. Ujian Manova pula dilaksanakan bagi melihat perbezaan faktor pendayaupayaan (ekonomi, sosial dan psikologi) berdasarkan tempoh penyertaan ahli PWPK. Seterusnya hubungan antara ketiga-tiga peringkat penyertaan dengan ketiga-tiga dimensi pendayaupayaan pula menggunakan analisis korelasi pearson. Manakala statistik inferensi menggunakan Model Persamaan Struktur atau SEM berbantukan perisian AMOS 21 bagi mengkaji pengaruh peringkat penyertaan (pembuatan keputusan, pelaksaan dan penerimaan faedah) ke atas pendayaupayaan (ekonomi, sosial dan psikologi). Selain itu, peranan gaya kepimpinan (transformasional, transaksional dan Laissez Faire) sebagai variabel penyederhana ke atas hubungan antara penyertaan dan pendayaupayaan juga dianalisis dengan menggunakan perisian ini.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:27
Last Modified: 13 Aug 2018 03:27
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10275
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year