UTHM Institutional Repository

Penggunaan simulator sebagai penjana kemahiran asas kimpalan di kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal

Jamak, Zulkarnain (2003) Penggunaan simulator sebagai penjana kemahiran asas kimpalan di kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PENGGUNAAN_SIMULATOR_SEBAGAI_PENJANA_KEMAHIRAN_ASAS_KIMPALAN_DI_KALANGAN_PELAJAR_KEJ.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PENGGUNAAN SIMULATOR SEBAGAI PENJANA KEMAHIRAN ASAS KIMPALAN DI KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN MEKA full.pdf

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji halangan para pelajar baru di dalam menjana kemahiran asas kimpalan, dan mengenalpasti kesesuaian proses pengajaran dan pembelajaran berbantu peralatan simulator kimpalan dalam menjana kemahiran asas kimpalan dan persepsi pelajar tersebut. Kajian ini adalah secara penilaian dan instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Seramai 30 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal tahun 1 semester 1 dipilih secara rawak sebagai sampel untuk menjawab soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Sciene Series (SPSS) versi 10.0 secara kuantitatif bagi mendapatkan nilai peratusandan skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden amat bersetuju bahawa wujudnya halangan di dalam menjana kemahiran asas kimpalan serta mengakui kesesuaian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbantu peralatan simulator kimpalan dalam menjana kemahiran asas kimpalan, tetapi persepsi para pelajar terhadap proses P&P berbantu simulator pada tahap yang sederhana. Adalah diharapkan kajian ini akan dapat membantu para pensyarah dan pelajar di dalam usaha untuk meluaskan lagi proses P&P berbantukan peralatan simulator kimpalan di dalam menjana kemahiran asas kimpalan para pelajar baru.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Education, Higher-Simulation methods
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 19 Apr 2011 04:12
Last Modified: 12 Nov 2019 04:35
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1035
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year