UTHM Institutional Repository

Pemahaman murid tahun enam terhadap konsep dan isu-isu alam sekitar: satu kajian persepsi

Liew Abdullah, Nurul Hidayah and Shafii, Haryati and Seow , Ta Wee (2013) Pemahaman murid tahun enam terhadap konsep dan isu-isu alam sekitar: satu kajian persepsi. In: Persidangan Kebangsaan Masyarakat, Ruang Dan Alam Sekitar (MATRA 2013), 26-27 October 2013 , Hotel Eastin, Pulau Pinang.

Full text not available from this repository.

Abstract

Pendidikan Alam Sekitar (PAS) secara umumnya merupakan usaha-usaha untuk mendidik murid-murid dari peringkat awal lagi berkenaan dengan pengetahuan tentang alam supaya lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Langkah mengintergrasikan PAS di sekolah rendah adalah langkah yang tepat, wajar dan difikirkan berkesan untuk membentuk sikap, persepsi dan seterusnya mampu mentransformasikan tingkah laku lebih awal sekiranya semua pihak memberi kerjasama yang jitu ke arah menyelamatkan alam. Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi murid tahun enam terhadap konsep dan isu-isu alam sekitar. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah temu bual semi struktur ke atas 81 orang murid tahun enam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti murid mendefinisikan konsep alam sekitar sebagai objek. Selain itu, peratusan murid yang memberi konsep alam sekitar secara rasional juga agak tinggi. Persepsi murid terhadap keperluan melindungi alam sekitar memaparkan majoriti bersetuju untuk manfaat generasi pada masa akan datang. Manakala persepsi murid terhadap kejadian bencana alam adalah berpunca daripada tindakan manusia yang rakus dan tidak bertanggungjawab. Kesimpulannya, persepsi murid terhadap alam sekitar adalah positif dan dapat menentukannya secara rasional serta tahu kejadian bencana alam adalah berpunca daripada tindakan manusia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Persepsi; pendidikan alam sekitar; konsep alam sekitar; bencana alam
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 25 Sep 2018 08:21
Last Modified: 25 Sep 2018 08:21
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10394
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item