UTHM Institutional Repository

Penghasilan dan penilaian koswer manual reka bentuk sistem sesalur penyaman udara

Dionnysius, Saiting Ahip (2003) Penghasilan dan penilaian koswer manual reka bentuk sistem sesalur penyaman udara. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img] Text
24_Pages_from_PENGHASILAN_DAN_PENILAIAN_KOSWER_BAGI_MANUAL_REKA_BENTUK_SISTEM_SESALUR_PENYAMAN_UDA.pdf

Download (992kB)
[img] Text (Full Text)
PENGHASILAN DAN PENILAIAN KOSWER BAGI MANUAL REKA BENTUK SISTEM SESALUR PENYAMAN UDARA full.pdf

Download (22MB)

Abstract

Matlamat kajian ini adalah untuk menghasilkan koswer reka bentuk Sistem Penyaman Udara (SPU) bagi menambah koleksi bahan rujukan bercetak yang sedia ada. Kajian ini melibatkan proses pemungutan data dalam dua fasa. Dalam fasa pertama data dikumpulkan berkenaan dengan persepsi pelajar terhadap bahan rujukan bercetak yang boleh didapati di perpustakaan KUiTTHO, pengetahuan sedia ada pelajar dalam SPU dan persepsi pelajar terhadap keperluan sumber rujukan berbentuk koswer. Fasa kedua pula melibatkan pengumpulan data bagi penilaian kebolehgunaan koswer yang dibangunkan. Dalam mengutip data yang dikehendaki, borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar tahun akhir Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan). Dapatan dari fasa pertama menunjukkan; (1) Pelajar tidak berpuas hati dengan bahan rujukan yang terdapat di perpustakaan KUiTTHO, (2) Tahap pengetahuan sedia ada pelajar adalah sederhana dan (3) Terdapatnya keperluan koswer bagi subjek SPU. Dapatan ini dijadikan asas dalam penghasilan koswer. Reka bentuk koswer adalah berdasarkan kepada Teori Konstruktivisme dan model pengajaran adalah berdasarkan kepada model ASSURE. Penilaian koswer adalah merangkumi empat aspek isi kandungan, strategi pengajaran, persembahan pengajaran dan aspek teknikal. Secara keseluruhannya, responden memberikan maklumbalas yang positif terhadap koswer yang dihasilkan dan beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memurnikan lagi kualiti koswer yang telah dibangunkan. Salah satu cadangan yang telah dikemukakan adalah mewujudkan link pada koswer dengan perisian lain.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 20 Apr 2011 08:08
Last Modified: 06 Nov 2019 07:28
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1048
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year