UTHM Institutional Repository

Kemahiran insaniah dalam amalan pedagogi pendidikan kejuruteraan melalui pendekatan kurikulum yang berbeza

Mohamad, M. M. and Ahmad Tarmizi, M. A. and Abdul Razzaq, A. R. and Hassan, R. (2017) Kemahiran insaniah dalam amalan pedagogi pendidikan kejuruteraan melalui pendekatan kurikulum yang berbeza. In: Latihan dan Pembangunan Kerjaya (Training and Career Development). Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 1-20. ISBN 9789670764924

Full text not available from this repository.

Abstract

Kepesatan ekonomi negara Malaysia merupakan satu penanda aras terhadap kemajuan negara. Permintaan terhadap tenaga kerja yang berpengetahuan (k-worker) telah mula meningkat dari tahun ke setahun menyebabkan pembaharuan serta penerapan kemahiran perlu diterapkan kepada setiap bakal graduan yang akan melangkah ke alam pekerjaan. Oleh itu, satu kajian telah dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Kajian ini dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan melibatkan 302 sampel yang terdiri dari pelajar tahun akhir bagi Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Aspek yang dikaji meliputi penguasaan pelajar dalam kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran kerjasama kumpulan, kemahiran komunikasi, kemahiran membuat keputusan, kemahiran interpersonal dan kemahiran kepimpinan. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan serta edaran borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Hasil analisis dan min keseluruhan bagi elemen kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran kerjasama kumpulan, kemahiran komunikasi, kemahiran membuat keputusan, kemahiran interpersonal dan kemahiran kepimpinan berada pada tahap yang tinggi. Dapatan ujian ANOVA memperlihatkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Mekanikal. Secara kesimpulannya, penguasaan bagi Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik terhadap kemahiran insaniah berada pada tahap yang tinggi. Penerapan elemen kemahiran insaniah yang berterusan kepada pelajar mampu melahirkan graduan yang berkompetensi tinggi selaras dengan permintaan pihak industri.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Kemahiran insaniah; pedagogi pendidikan kejuruteraan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 15 Jan 2019 08:48
Last Modified: 15 Jan 2019 08:48
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10493
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item