UTHM Institutional Repository

Penggunaan pembelajaran berbantukan komputer mata pelajaran Asas Perakaunan (HI 002) bagi pelajar Sijil dan Diploma Hotel dan Katering di politeknik

Ab Rahman, Hamidah (2003) Penggunaan pembelajaran berbantukan komputer mata pelajaran Asas Perakaunan (HI 002) bagi pelajar Sijil dan Diploma Hotel dan Katering di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PENGGUNAAN_PEMBELAJARAN_BERBANTUKAN_KOMPUTER_MATA_PELAJARAN_ASAS_PERAKAUNAN_(_H1002_.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PENGGUNAAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER MATA PELAJARAN ASAS PERAKAUNAN ( H1002 ) BAGI PELAJAR full.pdf

Download (16MB)

Abstract

Kemajuan dalam teknologi komputer hari ini telah memberikan banyak kelebihan dalam aktiviti kehidupan manusia. Selaras dengan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji penggunaan perisian pembelajaran berbantukan komputer matapelajaran Asas Perakaunan (HI002) di kalangan pelajar Sijil dan Diploma Hotel dan Katering Politeknik Johor Bahru. Aspek kajian adalah meliputi penggunaannya yang memudahkan pembelajaran, mudah alih, menarik minat dan yang menyumbang kepada tahap kefahaman pelajar. Alat kajian adalah berdasarkan kepada soal selidik yang dijalankan terhadap 83 orang responden yang dipilih berdasarkan populasi sebenar melibatkan pelajar-pelajar semester pertama Hotel dan Katering sesi pertama 2003. Analisis kajian ditunjukkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan pemahaman. Datadata yang diterima dianalisis menggunakan Statistical Package for Sosial Science (SPSS) version 11.00. Kajian mendapati bahawa dikenalpasti persepsi pelajar menunjukkan persepsi yang positif terhadap penggunaan perisian pembelajaran berbantukan komputer dapat memudahkan pembelajaran, mudah alih, menarik minat dan yang menyumbang kepada tahap kefahaman pelajar. Kajian ini juga mencadangkan pembaikan pada perisian dengan menambah isi kandungan perisian, menghubungkan Microsoft Power Point dengan halaman web dan meningkatkan soalan latihan dalam pembelajaran berbantukan komputer.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
T Technology > TX Home economics
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 19 Apr 2011 04:20
Last Modified: 10 Nov 2019 03:56
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1050
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year