UTHM Institutional Repository

Penghasilan dan penilaian modul pengajaran kendiri pencukaian perkongsian di Politeknik Port Dickson

Mh Busra, Mohd Azmi (2003) Penghasilan dan penilaian modul pengajaran kendiri pencukaian perkongsian di Politeknik Port Dickson. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img] Text
24_Pages_from_PENGHASILAN_DAN_PENILAIAN_MODUL_PENGAJARAN_KENDIRI_PENCUKAIAN_PERKONGSIAN_DI_POLITEK.pdf

Download (922kB)
[img] Text (Full Text)
PENGHASILAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PENCUKAIAN PERKONGSIAN DI POLITEKNIK PORT DICKS full.pdf

Download (3MB)

Abstract

Perbezaan yang wujud di kalangan para pelajar menyebabkan sesetengah pelajar mengalami kesukaran di dalam mengih.llti proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar terikat pada urutan pengajaran dan bahan pengajaran yang sarna seperti yang dialami oleh rakan-rakan mereka yang lain. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengindividukan pengajaran menerusi pengubahsuaian tcrhadap bahan pengajaran dan aktiviti-aktiviti pembelajaran agar ianya sesuai mengikut kebolehan pelajar. Sehubungan itu kajian yang dijalankan bertujuan untuk menilai Modul Pengajaran Kendiri Pencukaian Perkongsian yang dibangunkan dari aspek isi kandungan, format, soalan penilaian dan aspek mesra pengguna di dalam membantu meningkatkan tahap pemahaman pelajar. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 38 orang pelajar semester G kursus Diploma Akauntansi di Politeknik Port Dickson. Data diperolehi dengan menggunakan instrumen borang soal selidik dan soalan ujian (ujian pra ujian pasca). Segala data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan peri sian Statistical Packages for Social Science (SPSS) Version 11.5 yang melibatkan skor min dan Ujian T-Berpasangan (Paired T-Test). Dapatan kajian menunjukkan tahap kebolehlaksanaan MPK ini adalah tinggi dan dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar dalam topik Pencukaian Perkongsian. Selain itu dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara pencapaian pelajar sebelum dan selepas menggunakan MPK Pencukaian Perkongsian

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 20 Apr 2011 08:17
Last Modified: 07 Nov 2019 06:30
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1051
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year