UTHM Institutional Repository

Penghasilan dan penilaian perisian kursus matapelajaran elektronik digit dan instrumentasi (PERISIAN CDEDI)

Shuib, Azrul Hisham (2003) Penghasilan dan penilaian perisian kursus matapelajaran elektronik digit dan instrumentasi (PERISIAN CDEDI). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img] Text
24_Pages_from_PENGHASILAN_DAN_PENLAIAN_PERISIAN_KURSUS_MATAPELAJARAN_ELEKTRONIK_DIGIT_DAN_INSTRUME.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PENGHASILAN DAN PENLAIAN PERISIAN KURSUS MATAPELAJARAN ELEKTRONIK DIGIT DAN INSTRUMENTASI ( PERISI full.pdf

Download (5MB)

Abstract

Pembelajaran kendiri sememangnya amat penting untuk dilakukan oleh para pelajar. Ia Iazimnya dilakukan sebagai ulang kaji setelah menjalani kuliah bersama pensyarah. Maka satu perisian pembelajaran kendiri iaitu Perisian Kursus Mata pelajaran Elektronik Digit dan Instrumentasi (eDEDI) dibangunkan untuk membantu para pelajar. Perisian yang dibangunkan ini berdasarkan pendekatan interaktiviti yang menggabungkan komponen asas multimedia iaitu teks, grafik, audio dan animasi. Kajian dijalankan untuk mengetahui sejauh mana perisian ini dapat mempengaruhi motivasi pelajar, mempunyai ujian dan kandungan yang bersesuaian. Sampel kajian ini terdiri daripada 79 orang pelajar tahun tiga yang mengambil mata pelajaran Elektronik Digit dan Instrumentasi di KUiTTHO. Soal selidik dan temu ramah digunakan sebagai instrumen dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan daripada kajian menunjukkan perisian yang dibina dapat mempengaruhi motivasi pelajar dan mempunyai kesesuaian dari segi soalan ujian dan kandungan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 19 Apr 2011 04:18
Last Modified: 07 Nov 2019 06:32
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1053
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year