UTHM Institutional Repository

Kompetensi interpersonal dalam kalangan pelajar di kolej vokasional bagi melahirkan pekerja mahir

Amiruddin, Mohd Hasril and Mohd Nor, Munirah (2017) Kompetensi interpersonal dalam kalangan pelajar di kolej vokasional bagi melahirkan pekerja mahir. In: Penyelidikan Multidisiplin Dalam Pendidikan. Penerbit UTHM, pp. 68-93. ISBN 9789672110088

Full text not available from this repository.

Abstract

Transformasi pendidikan merupakan satu usaha memperkayakan sistem pendidikan sedia ada sehingga terbina sistem pendidikan vokasional yang baru yang dapat menyumbang kepada agenda transformasi negara yang mana memerlukan tenaga pekerja yang mahir dan kompeten bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Menerusi transformasi pendidikan teknik vokasional ini akan menghasilkan tenaga pekerja mahir yang kompeten yang mana berdaya saing, memiliki kemahiran dan kelayakan yang di iktiraf oleh industri, berperwatakan profesional dan diterima oleh pasaran kerja. Menurut Anizan (2006), strategi utama dalam memastikan negara berkemampuan dalam menghadapi cabaran globalisasi dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi adalah dengan mewujudkan sumber tenaga manusia yang kompeten yang mana dapat menyokong pembangunan ekonomi negara berasaskan pengetahuan, meningkatkan produktiviti dan daya saing negara. Pembangunan sumber tenaga manusia sangat penting dan ini dapat dipenuhi melalui transformasi pendidikan teknik dan vokasional yang dijalankan oleh kerajaan sekarang yang mana memfokuskan kepada kebolehpekerjaan graduan. Keberhasilan usaha transformasi ini ialah memberikan sumbangan yang signifikan kepada agenda kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.

Item Type: Book Section
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 11 Feb 2019 00:52
Last Modified: 11 Feb 2019 00:52
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10624
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item