UTHM Institutional Repository

Pembangunan aplikasi Android berkonsepkan video bagi pemasangan CPU sebagai alat bahan bantu mengajar

Ab Halim, Fazlinda and Ismail@Awang Soh, Anis Arina (2017) Pembangunan aplikasi Android berkonsepkan video bagi pemasangan CPU sebagai alat bahan bantu mengajar. In: Penyelidikan Multidisiplin Dalam Pendidikan. Penerbit UTHM. ISBN 9789672110088

Full text not available from this repository.

Abstract

Dalam era globalisasi kini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi semakin mendapat tempat dalam pelbagai bidang khususnya pendidikan. Jamaludin (2013) menyatakan, penggunaan pelbagai teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat merangsang minda pelajar sewaktu penyampaian maklumat. Menurut Mitra (2005), kaedah pengajaran dan pembelajaran masa lalu sudah tidak lagi relevan dengan cara berfikir dan cara melakukan tugasan pelajar hari ini. Ini adalah kerana, generasi abad ke-21 kini dapat menyelesaikan masalah pembelajaran dengan cara mereka sendiri iaitu dengan bantuan peralatan digital dan internet. Penyataan tersebut disokong Jonassen (2000) yang turut mengakui bahawa sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) bercorak konvensional bukanlah kaedah paling baik di zaman moden ini memandangkan ia boleh diubahsuai kepada bentuk digital yang lebih canggih dan relevan dengan situasi pendidikan semasa. Kursus Sistem Komputer Dan Rangkaian merupakan salah satu kursus yang ditawarkan di bawah Program Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif). Kursus ini menekankan pembelajaran amali bagi pemasangan CPU. Terdapat pelbagai sumber yang boleh dijadikan rujukan oleh pelajar bagi pemasangan CPU seperti di laman-laman web dan juga di YouTube yang menyediakan media video sebagai paparan. Ini bertepatan dengan pendapat Burnett dan Melissa (2008) iaitu penggunaan video seperti YouTube dalam proses pembelajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pemahaman isi pembelajaran. Namun begitu, hasil tinjauan awal pengkaji, pembelajaran menerusi YouTube ada kalanya sukar untuk di fahami dari segi bahasa, di samping bahan rujukan tersebut tidak bersesuaian mengikut kehendak pelajar.

Item Type: Book Section
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 18 Feb 2019 06:55
Last Modified: 18 Feb 2019 06:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10632
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item