UTHM Institutional Repository

Hubungan antara gaya kepimpinan pengurus dengan komitmen pekerja: kajian kes di Bukit Raya Sdn. Bhd.

Fong, Choon Hau and Rodzalan, Shazaitul Azreen (2017) Hubungan antara gaya kepimpinan pengurus dengan komitmen pekerja: kajian kes di Bukit Raya Sdn. Bhd. In: Kajian Kes di Malaysia. Penerbit UTHM, pp. 1-14. ISBN 9789672110552

Full text not available from this repository.

Abstract

Dalam era globalisasi kini, organisasi memerlukan pekerja yang berpengetahuan tinggi, berdisiplin serta komited dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Komitmen pekerja dilihat penting dalam memastikan sesebuah organisasi dapat bertahan dalam menghadapi persaingan pasaran yang semakin mencabar (Alkahtani, 2016). Menurut Alkahtani (2016), seseorang pekerja yang komited adalah seseorang yang mampu untuk bekerja lebih masa apabila diperlukan dan dapat meningkatkan kredibiliti organisasi dengan menyumbang tenaga dalam meningkatkan pencapaian organisasi pada tahap yang terbaik. Pekerja yang komited juga dikatakan kurang cenderung untuk berhenti kerja. Komitmen seseorang pekerja terhadap organisasi juga menyumbang kepada peningkatan kualiti (Gbadamosi, 2003). Sekiranya pekerja komited, maka ianya akan memudahkan sesebuah organisasi itu dalam mencapai objektif dan matlamat yang telah dirancang. Malah, komitmen pekerja yang tinggi akan menjadikan sebuah organisasi itu lebih berdaya saing dalam melaksanakan strategi-strategi perniagaan (Davenport, 2010). Komitmen pekerja yang tinggi juga akan mengurangkan kos operasi dan meningkatkan keuntungan sesebuah organisasi kerana pekerja-pekerja telah menunjukkan integriti dan sokongan yang tinggi terhadap organisasi dan hubungan baik dengan teman kerja mereka.

Item Type: Book Section
Subjects: T Technology > TS Manufactures > TS155-194 Production management. Operations management
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 18 Feb 2019 06:55
Last Modified: 18 Feb 2019 06:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10633
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item