UTHM Institutional Repository

Faktor kepenggunaan sistem maklumat sumber manusia (SMSM): kajian kes di Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE) Pasir Gudang, Johor

Samod, Nur Zulaika and Hashim, Fazian (2017) Faktor kepenggunaan sistem maklumat sumber manusia (SMSM): kajian kes di Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE) Pasir Gudang, Johor. In: Kajian Kes di Malaysia. Penerbit UTHM, pp. 25-31. ISBN 9789672110552

Full text not available from this repository.

Abstract

Sistem Maklumat Sumber Manusia (SMSM) merupakan satu sistem berintegrasi yang digunakan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis maklumat berkaitan dengan sumber manusia dalam sesebuah organisasi (Hendrickson, 2003). Sistem pengurusan sistem maklumat yang baik membolehkan organisasi mendapat maklumat yang tepat dan terkini. Mengikut Dery et al. (2009) dan Wiblen et al. (2010), SMSM boleh meningkatkan kecekapan pentadbiran menerusi pemprosesan maklumat yang cepat, memperbaiki komunikasi antara pekerja , perolehan maklumat yang lebih banyak dan tepat, kos yang lebih rendah dan secara keseluruhannya meningkatkan produktiviti sumber manusia. Mengikut Shani & Tesone (2010), persoalan yang agak biasa mengenai pelaksanaan SMSM adalah siapa yang bertanggungjawab dalam menguruskan dan melaksanakannya. Kejayaan pembangunan SMSM memerlukan input daripada Sistem MakIumat (IS) dan Sumber Manusia (HR). Beberapa kajian menunjukkan halangan terbesar kepada pelaksanaan SMSM adalah kos yang tinggi yang menyebabkan kurang komitmen oleh pihak pengurusan (Ngai & Wat, 2006).

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 18 Feb 2019 06:55
Last Modified: 18 Feb 2019 06:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10635
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item