UTHM Institutional Repository

Hubungan antara kepuasan kerja dan budaya organisasi: kajian kes di Perpustakaan Tunku Tun Aminah

Ismail, Nur Afiah and Shamsuddin, Alina (2017) Hubungan antara kepuasan kerja dan budaya organisasi: kajian kes di Perpustakaan Tunku Tun Aminah. In: Kajian Kes di Malaysia. Penerbit UTHM, pp. 33-41. ISBN 9789672110552

Full text not available from this repository.

Abstract

Kepuasan kerja merujuk kepada sejauh mana seseorang pekerja berpuas hati dengan pekerjaan mereka. Kepuasan kerja melibatkan emosi dan perasaan pekerja dan ia memberi kesan kepada kehidupan pekerja (Sempane et al., 2002). Budaya organisasi pula merupakan sikap, nilai dan kepercayaan yang dikongsi oleh sekumpulan pekerja dalam organisasi. Menurut (Belias et al., 2015) budaya organisasi mengandungi sistem nilai dan andaian yang dapat mempengaruhi kepuasan pekerja. Jika pekerja menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap budaya organisasi maka secara tidak langsung tahap prestasi kerja akan menjadi lebih tinggi. Kajian lain turut menyatakan bahawa pekerja akan lebih produktif apabila mereka berpuas hati dengan pekerjaan mereka dan suasana persekitaran mereka bekerja (Trivellas & Dargenidou, 2009). Pada masa yang sama juga, kajian berkenaan kepuasan kerja banyak dijalankan di syarikat swasta di negara-negara yang maju. Oleh yang demikian pengkaji memilih mengkaji hubungan di antara kepuasan kerja dan budaya organisasi di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 18 Feb 2019 06:55
Last Modified: 18 Feb 2019 06:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10636
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item