UTHM Institutional Repository

Hubungan di antara latihan motivasi dan komitmen terhadap organisasi di kalangan pekerja di UAC Berhad

Mohamad Yusof, Nurul Izyani and Rodzalan, Shazaitul Azreen (2017) Hubungan di antara latihan motivasi dan komitmen terhadap organisasi di kalangan pekerja di UAC Berhad. In: Kajian Kes di Malaysia. Penerbit UTHM, pp. 43-55. ISBN 9789672110552

Full text not available from this repository.

Abstract

Komitmen ialah perkataan yang mudah di ungkap tetapi sukar untuk di laksanakan dari sudut pengertiannya. Salah satu cabaran yang dihadapi oleh organisasi ialah untuk meningkatkan komitmen pekerja terhadap organisasi. Ini kerana menurut Nijhof et al. (1998), komitmen pekerja adalah salah satu faktor yang penting untuk meningkatkan daya saing sesebuah organisasi bagi membolehkan ia bergerak seiringan dengan perubahan. Banyak masalah yang akan timbul sekiranya pekerja tidak memberi komitmen yang sewajarnya terhadap kerja mereka. Antara yang telah dikenal pasti wujud mengikut kajian lepas ialah kualiti kerja pekerja yang tidak membanggakan dan tidak mencapai piawaian organisasi, kadar cuti sakit yang kerap sehingga menyebabkan produktiviti atau perjalanan organisasi terganggu, wujudnya ketidakpuasan hati pelangan akibat kegagalan organisasi memenuhi permintaan pelanggan dan sebagainya (Salmela-Aro & Nurmi 2004). Tambahan lagi, kegagalan pekerja memberi komitmen akan memberi impak yang besar terutamanya dari segi produktiviti organisasi terbabit. Menurut Hadyn (2002) produktiviti organisasi akan menurun dan perbelanjaan akan meningkat bagi mengupah pekerja gantian sekiranya organisasi mempunyai pusing ganti pekerja yang tinggi.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 18 Feb 2019 06:55
Last Modified: 18 Feb 2019 06:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10637
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item