UTHM Institutional Repository

Kajian faktor-faktor keterlibatan pekerja: kajian kes di Maybank Kedah

Rusli, Mohamad Hasbi and Wahab, Eta (2017) Kajian faktor-faktor keterlibatan pekerja: kajian kes di Maybank Kedah. In: Kajian Kes di Malaysia. Penerbit UTHM, pp. 57-68. ISBN 9789672110552

Full text not available from this repository.

Abstract

Semua organisasi mahu menjadi produktif dan berdaya saing di pasaran. Untuk mencapai objektif sedemikian, banyak langkah telah dilakukan oleh organisasi untuk memastikan pekerja terus kekal kreatif dan produktif serta mampu berdaya saing di pasaran contohnya dengan menitikberatkan kebajikan pekerja serta banyak membantu pekerja dalam proses perkembangan diri seperti menyediakan latihan dan sebagainya. Oleh itu, itu keterlibatan pekerja amatlah penting demi memastikan pekerja sedia ada terus setia dan kekal di dalam organisasi, menjadi lebih produktif dan seterusnya menjadi tulang belakang bagi kejayaan sesebuah organisasi. Keterlibatan pekerja bagi sesebuah organisasi menjadi satu isu yang telah lama diperbincangkan dan juga diberi perhatian yang serius oleh syarikat (Kahn, 1990; Rothbard, 2001). Ini disebabkan keterlibatan pekerja sangat berhubung kait dengan komitmen pekerja di dalam sesebuah organisasi. Selain itu, konsep keterlibatan pekerja juga berkaitan dengan sikap, tingkah laku dan niat yang ada pada seseorang individu (Saks, 2006; Ram & Prabhakar, 2011). Keterlibatan juga banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor, gabungan faktor emosi dan faktor rasional serta mengambilkira pengalaman yang ada pada seseorang. Kesanggupan dan keupayaan pekerja merupakan salah satu ciri keterlibatan pekerja di mana faktor tersebut mampu membantu kejayaan sesuatu organisasi. Selain itu, dengan menitikberatkan keterlibatan pekerja, mereka boleh mewujudkan keberkesanan dan tenaga kerja yang produktif. Prestasi sesuatu organisasi mampu ditingkatkan sekiranya terdapat keterlibatan pekerja yang diuruskan dengan lebih teratur dan sesuai.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 18 Feb 2019 06:55
Last Modified: 18 Feb 2019 06:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10638
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item