UTHM Institutional Repository

Budaya organisasi dan inovasi produk di kalangan PKS

Hasni, Nurul Nadhrah and Abdullah, Nor Hazana (2017) Budaya organisasi dan inovasi produk di kalangan PKS. In: Isu-Isu Inovasi di Malaysia. Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 1-8. ISBN 9789672110392

Full text not available from this repository.

Abstract

Dewasa ini, perkembangan arus globalisasi telah memberi impak yang besar kepada sektor ekonomi Malaysia. Menyedari hakikat tentang kepentingan perkembangan ekonomi di dalam negara, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar untuk memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Malah, menurut laman portal Pusat Maklumat Rakyat, PKS merupakan nadi serta enjin pelaburan domestik dalam menjana ekonomi Malaysia. Peranan dan sumbangan PKS ini juga menjadi semakin penting dalam mencapai Wawasan 2020 dan menjadikan negara sebagai sebuah negara perindustrian yang maju (PKS, 2012). PKS berpotensi untuk memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara. Salah satu faktor yang penting untuk berkembang dalam pertumbuhan ekonomi negara adalah dengan mempraktikkan aktiviti inovasi dalam organisasi (Hilmi et al., 2008). Inovasi di dalam sesebuah organisasi boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, dan salah satunya ialah budaya organisasi (Khazanchi et al., 2007). Daripada perspektif organisasi, terdapat pelbagai elemen budaya organisasi yang boleh bertindak sebagai pemangkin kepada keupayaan organisasi untuk berinovasi.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD9000-9999 Special industries and trades
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 18 Feb 2019 06:55
Last Modified: 18 Feb 2019 06:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10640
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item