UTHM Institutional Repository

Kepimpinan transformasi dan inovasi produk: kajian di PKS Malaysia

Hanibah, Nur Hidayah and Abdullah, Nor Hazana (2017) Kepimpinan transformasi dan inovasi produk: kajian di PKS Malaysia. In: Isu-Isu Inovasi di Malaysia. Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 9-19. ISBN 9789672110392

Full text not available from this repository.

Abstract

Pada masa kini, Perusahaan Kecil dan Sederhana atau juga dikenali sebagai PKS memainkan peranan penting kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan berfungsi bagi membantu asas industri negara. PKS merupakan nadi serta enjin pelaburan domestik dalam menjana ekonomi Malaysia (Derahman, 2008). PKS juga adalah salah satu sektor yang menyediakan peluang pekerjaan, dan mengurangkan kadar pengangguran (Ramlan & Abd Malek, 2011). Tambahan lagi, PKS dijadikan tulang belakang kepada hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan negara. Pertumbuhan ekonomi dalam industri ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah inovasi. Menurut Hilmi et al. (2010), inovasi mempunyai hubungan penting dengan prestasi PKS. Inovasi secara amnya boleh didefinisikan sebagai penciptaan produk, servis atau proses yang baru ataupun penambahbaikan produk sedia ada untuk memenuhi kehendak pelanggan dan keadaan sekeliling (Allen, 2003). Menurut Nauwelaers & Wintjes (2002), terdapat peningkatan di dalam pengurusan inovasi dalam konteks PKS. Ini mungkin terjadi kerana PKS memainkan peranan penting dalam sektor ekonomi, dan inovasi merupakan salah satu faktor yang membolehkan PKS terus berkembang maju. Selain daripada itu, Kurt et al. (2008) berpendapat PKS yang berinovasi menjadi jentera untuk pembangunan ekonomi di kawasan-kawasan yang berekonomi rendah.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD9000-9999 Special industries and trades
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 18 Feb 2019 06:55
Last Modified: 18 Feb 2019 06:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10641
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item